PAN ‘Book’ Awal Untuk Jadi MB Di Perak?

Posted on

amanah

Parti Amanah Negara (PAN) telah mengenal pasti dan bersedia bertanding di 22 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Parti itu juga berharap Pakatan Harapan dapat memuktamadkan segera pembahagian kerusi dengan menetapkan satu lawan satu menentang “BN dan sekutunya” sebagai agenda utama.

Bagaimanapun, kerusi-kerusi itu tidak disenaraikan dalam kenyataan media hari ini.

Pengerusi PAN negeri Asmuni Awi berkata, arahan penyenaraian calon-calon telah dibuat selain gesaan supaya pemantapan organisasi dan latihan kepada jentera pilihan raya dipertingkatkan.

Katanya lagi, PAN juga telah mengarahkan tabung pilihan raya disediakan lengkap mengikut keperluan oleh kawasan yang terlibat.

Beliau juga mengingatkan bahawa gendang pilihan raya telah dipalu, dimulai dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Arahan bagi mendapatkan respon di peringkat akar umbi bagi membuat bantahan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah digerakkan oleh Biro Pilihan Raya dengan kerjasama Biro Kanun bagi menilai semua aspek bantahan yang akan dikemukakan,” katanya.

Jika dilihat jumlah kerusi yang PAN ‘minta’ itu maka jelas nampaknya PAN ‘book’ awal-awal mereka ingin menjadi MB di sana.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s