PM Lancar Aplikasi Najib Razak, Usaha Dekati Rakyat

Posted on

unnamed

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan aplikasi mudah alih untuk dua platform termasuk untuk pengguna Android dan iOS bagi merealisasikan usaha dalam mendekati rakyat.

Aplikasi rasmi Najib Razak tersebut dilancarkan bagi mengumpul kesemua perkembangan terkini dan perkembangan sosial media perdana menteri dalam satu aplikasi bagi memudahkan rakyat, manakala ciri siaran langsung yang terbina di dalam aplikasi tersebut membolehkan pengguna menonton aktiviti dan program yang dihadiri beliau secara langsung.

Dalam pada itu, aplikasi tersebut juga mempunyai ciri mesra pengguna dengan adanya ruangan maklum balas bagi memudahkan rakyat memberi pandangan dan komen secara terus kepada Perdana Menteri.

“Aplikasi ini juga mempunyai ciri siaran langsung eksklusif bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti serta program-program saya. Muat turun agar kita terus kekal berhubung!,” tulis Najib di laman sosial Facebooknya.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mengikuti kegiatan seharian saya sepertimana yang saya kongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, kesemuanya di dalam satu aplikasi mudah.

Anda boleh memuat turun Aplikasi Najib Razak kini di
• Google Play Store: http://bit.ly/2e6c5E9
• Apple App Store: http://apple.co/2d5Tcvj

Terima kasih dan saya harap kita terus kekal berhubung!
— Najib Razak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s