Propaganda DAP Serta Lim Guan Eng 7 Tahun Lalu

Posted on

DAP_LIM GUAN ENG_PC

Ini sekali lagi adalah propaganda yang telah dikitar semula tanpa segan silu oleh DAP dan Lim Guan Eng selama 7 tahun yang lalu.

Pada September 2009, Kerajaan Pulau Pinang telah dipuji oleh Transparency International Malaysia atas usahanya berkenaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan.

Pada masa itu, Pulau Pinang telah dipuji kerana perancangan awal mereka untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan negeri, melaksanakan tender terbuka dan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat.

Tetapi sekarang kita tahu bahawa sejak 2008, bajet operasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dikurangkan tetapi sebaliknya telah meningkat hampir empat kali ganda daripada RM200 juta setahun kepada RM800 juta setahun.

“Tender terbuka” mereka juga didapati adalah RFP dan bukannya tender terbuka.

RFP yang sama yang membolehkan KLIDC untuk memenangi bidaan bagi tanah Taman Manggis pada tahun 2010 dengan hanya RM11.5 juta dengan alasan perjanjian konsesi untuk membina kemudahan pelancongan perubatan manakala tiga syarikat lain yang turut mengambil bahagian muflis sejurus selepas itu.

Enam tahun kemudian, tanah itu masih lagi tanah kosong dan pemenang bidaan itu telah ditangkap cuba untuk menjual projek itu dengan harga RM70.5 juta.

Dan RFP yang sama juga yang membolehkan projek Terowong Pulau Pinang untuk menghadapi isu-isu seperti “penyelidikan” bernilai RM305 juta dan model yang unik iaitu membayar sepenuhnya untuk projek itu tetapi masih memberi konsesi tol selama 30 tahun.

Sudah tentu, kedua-dua kajian dan projek itu sendiri masih tertangguh walaupun berbilion ringgit tanah kerajaan telah diberi atau dipra-jual oleh syarikat swasta yang dianugerahkan projek tersebut.

Mengenai Akta Kebebasan Maklumat Pulau Pinang, ia kini didapati hanyalah sandiwara semata-mata. Kelulusan jarang diberikan dan yuran tinggi akan dikenakan. SD juga dikehendaki untuk ditandatangani dan walaupun anda mendapat maklumat tersebut, anda tidak boleh mendedahkannya di khalayak ramai. Itulah sebabnya banyak NGO sekarang ini telah berkata bahawa Akta Kebebasan Maklumat Pulau Pinang ini tidak memberi faedah kepada sesiapa pun.

Dan orang TI yang ketika itu memuji Pulau Pinang adalah Paul Low. Beliau sekarang adalah seorang menteri di bawah Najib dan sering diserang oleh DAP.

Pujian ini diberikan sudah 7 tahun yang lalu dan mereka tidak lagi dipuji oleh TI sejak itu – tetapi ini tidak menghalang DAP untuk tanpa segan silu mengulangi propaganda ini walaupun pujian awal itu tidak lagi wajar.

DAP suka mengulangi propaganda yang telah pun terbukti palsu, sebagai contoh mereka mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% apabila ianya telah didapati bahawa ia adalah Kerajaan Persekutuan yang mengambil alih hutang itu dan menukarkannya kepada “pajakan” setiap tahun selama 45 tahun – yang mana masih merupakan hutang kerana anda masih membayar dengan jumlah yang sama.

Atau propaganda bahawa Pulau Pinang berada di tangga atas untuk pelaburan walaupun mereka tidak lagi berada di tangga atas sejak tahun 2011 dan telah jatuh ke tangga ke-3, ke-4 atau ke-5.

Atau propaganda bahawa pertumbuhan KDNK negeri Pulau Pinang adalah sangat memberangsangkan walaupun ia sebenarnya terendah di kalangan 15 negeri dan wilayah dari segi KDNK per kapita sejak tahun 2008.
— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s