Setinta Harapan Buat Ustaz Hashim Jasin…

Posted on

image-13

Ustaz Hashim Jasin bukan sebuah nama yang asing lagi dalam kepimpinan PAS khususnya kumpulan pro Ulama.

Menyingkap sejarahnya, beliau mula diberi tugas oleh almarhum Datuk Asri, presiden PAS yang memegang jawatan menteri yang menubuhkan Felda bagi melakukan pengisian Islam ketika PAS bersama kerajaan campuran 1973 dan BN 1974.

Ustaz Hashim terus beristiqamah menjadi mata rantai PAS yang tidak pernah terputus sehingga memberi sepenuh masa khususnya kebangkitan PAS di Perlis dan utara, seperti kata presiden parti berkenaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menjadi ahli Majlis Syura PAS sejak mula ditubuhkan, maka telah ditentukan sepatutnya oleh Majis Syura secara ijmak supaya mengambil tugas yang terpenting ini bagi meneruskan perjalanan PAS agar sentiasa beristiqamah di atas dasar, pendekatan dan mencapai matlamat dunia dan akhirat bersama hidayah dan ilmu yang disertakan amalan penuh berkat.

Itu dari kacamata harapan kepimpinan PAS terhadap Mursyidul Am PAS yang baharu. Namun, disebalik itu Ustaz Hashim juga menerima seribu satu pengharapan lain khususnya dalam bidang politik daripada mereka-mereka yang menentang DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebagai seorang yang amat berpengalaman dalam arena politik Islam di negara ini, sudah semestinya Ustaz Hashim cukup istiqamah menentang bekas Presiden UMNO yang kini merupakan Pengerusi PPBM iaitu Mahathir.

Tak perlu dinafikan lagi, Ustaz Hashim pastinya ada pelbagai rahsia disebalik penglibatan Mahathir dalam politik.

Kerana Mahathir kini sudah semakin ‘hanyut’ dan menganggap DAP sebagai sahabat ‘sepeluknya’, maka inilah masanya Ustaz Hashim perlu menggunakan kedudukannya selaku Mursyidul Am PAS untuk memastikan Mahathir tidak lagi mampu ‘mengotak katikkan’ rakyat negara ini demi kepentingan peribadi dan keluarnya semata-mata.

Kehadiran Ustaz Hashim juga diharapkan dapat meneruskan kesinambungan usaha yang dibawa oleh Allahyarham Datuk Dr Haron Din untuk mengeratkan silaturrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s