UMNO Tolak Sekeras-kerasnya Sebarang Usaha Wujudkan Kasino di Pulau Pinang

Posted on

zainal-abidin-osman1

NIBONG TEBAL, 12 Okt – UMNO Pulau Pinang dengan tegas menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan dan usaha untuk mewujudkan kasino di negeri tersebut.

Menurut pengerusi perhubungannya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, cadangan Penang Front Party (PFP) yang mendakwa sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN) yang akan mewujudkan pusat perjudian sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah cadangan mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.

“UMNO Pulau Pinang tetap dan tegas dengan pendirian menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk mewujudkan kasino di Pulau Pinang.

“Persetujuan Datuk Zahidi Zainul Abidin menjadi penasihat sebuah parti yang mencadangkan pewujudan sebuah kasino adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen UMNO.

“Zahidi sepatutnya lebih peka dan lebih maklum dengan keadaan dan sensitiviti umat Islam khususnya dan rakyat Pulau Pinang, amnya,” tegasnya di dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Zainal lagi, penglibatan Zahidi, Ahli Parlimen Padang Besar sama sekali tidak mewakili UMNO di mana beliau dilantik sebagai Penasihat PFP atas kapasiti peribadinya sendiri.

“Kami turut kesal dan kecewa dengan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan oleh PFP yang mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di Pulau Pinang.

“Sepanjang pengetahuan saya, penubuhan parti PFP ini dan perlantikan Zahidi sebagai Penasihat PFP tidak pernah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ataupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

“Malah tiada sebarang ‘endorsement’ atau persetujuan diberikan oleh UMNO kepada beliau untuk dilantik sebagai Penasihat PFP,” ujarnya lagi.

Kataya lagi, hasrat PFP untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang ditandingi oleh komponen BN selain UMNO adalah jelas bertentangan dengan konsep sebuah parti mesra BN.

“Sebuah parti mesra BN tidak akan sama sekali meletakkan calon bertanding menentang calon BN. Mana mungkin kami menyokong hasrat PFP tersebut yang jelas bertentangan dengan prinsip dan semangat setiakawan yang didokong kukuh oleh parti-parti dalam BN.

“UMNO Pulau Pinang mengambil pendirian sama sekali tidak menyokong penubuhan PFP walaupun mereka mendakwa bahawa mereka adalah parti mesra BN,” tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama juga, UMNO Kepala Batas dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak atau sesiapa jua untuk mewujudkan kasino di negeri tersebut.

“Selagi saya menjadi Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Kepala Batas, saya akan pastikan tiada sebuah pun kasino akan wujud di atas bumi Pulau Pinang,” ujar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tambah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang itu lagi, cadangan PFP adalah cadangan yang dangkal dan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.

“Perjudian bukan budaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang. Saya yakin dan percaya majoriti rakyat negeri ini yang bukan Islam pun menolak sebarang aktiviti perjudian kerana ia adalah racun yang boleh merosakkan keluarga dan masyarakat.

“Pulau Pinang adalah negeri yang kaya dengan produk pelancongan dan tidak memerlukan kasino atau pusat-pusat perjudian untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Reezal yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar senada dengan pendirian UMNO negeri menyatakan dengan jelas bahawa UMNO tidak ada sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan PFP dan penglibatan Zahidi sebagai Penasihat PFP adalah atas kapasiti peribadinya sendiri dan tidak mewakili parti UMNO.
– Media UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s