[Video] Air AKSB Karat,! Minta Rakyat Bayar Bil Air Dengan Masej ‘Dibimbangi Solat Tidak Dapat Pahala’

Posted on

image

KOTA BHARU: Dewan Pemuda Pas Kelantan, menasihat kepada semua pengguna yang dibekalkan air oleh syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) agar melunaskan tunggakan bil air masing-masing kerana dibimbangi solat menggunakan air berkenaan tidak mendapat pahala.

Baca: Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama

Baca: [Video] Restorasi,! AKSB ‘Air Karat Sokmo Boh’

Baca: [Video] Restorasi,! Migrasi Air Kelantan

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alwi, solat menggunakan air yang tidak dibayar atas perkhidmatan yang disediakan umpama solat memakai pakaian yang dicuri.

“Nasihat kepada pengguna AKSB yang menggunakan air AKSB tetapi tidak membayar bil supaya menjelaskan bil kerana solat yang kita lakukan menggunakan wuduk dari air yang tidak dibayar bil, solat itu diterima, tidak diberi ganjaran oleh Allah. Rugilah kita, solat terima, tetapi tidak dapat ganjaran, macam kita solat pakai kain curi,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum menyokong AKSB di ibu pejabat syarikat itu di sini hari ini.

Nor Azariza turut menjelaskan, masalah bekalan air bersih di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh 10 tahun sebagaimana yang dijamin kerajaan negeri sebelum ini.

Beberapa daerah di Kelantan menghadapi masalah tekanan air rendah serta terputus bekalan sejak sekian lama.

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri untuk melakukan penstrukturan semula dan migrasi bekalan air di Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.
— Astro Awani

P/S. Berapa peratus pengguna air AKSB yang tidak membayar bil mereka setiap bulan? Bagaimana pula dengan perkhidmatan atau bekalan air yang disediakan oleh AKSB kepada rakyat? Rakyat menanggung derita kerana terpaksa menggunakan air yang selalu berkarat dan tidak bersih?

Hasil yang AKSB perolehi dari rakyat yang membayar bil-bil mereka itu, adakah berkat dan tidak ‘haram’ makan duit yang rakyat tidak redha hingga akhirat?

Bekalan air AKSB sebelum ini yang amat mengecewakan rakyat.

1. Indeks kekeruhan bagi air terawat di Malaysia adalah 2, tetapi indeks kekeruhan air AKSB adalah pada skala 9.
2. Rizab air minimum di Malaysia adalah 30% tetapi rizab air di Kelantan hanya 6%.
3. Tekanan minimum air ialah 80% tetapi tekanan air AKSB hanya 42%.
4. Purata peratus kehilangan air tidak berhasil (NRW) di bawah AKSB ialah 50% sedangkan purata di Malaysia hanya 35%.
5. Purata liputan bekalan air terawat di Malaysia ialah 75% tetapi liputan AKSB hanya 55%.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s