[Video] Gerakan Merah Lancarkan Skuad Peguam MERAH V2

Posted on

peguam_merah_v2

KUALA LUMPUR – Gerakan MERAH V2 hari ini mengumumkan penubuhan Skuad Peguam MERAH V2 yang memberikan khidmat guaman kepada peserta kumpulan itu berkaitan hal perundangan.

Penasihat Undang-Undang Gerakan MERAH V2, Mohd Imran Tamrin berkata, seramai 21 peguam secara sukarela telah menyatakan minat untuk bersama skuad ini bagi memastikan setiap peserta diberikan hak dan pembelaan sekiranya berlaku sebarang insiden yang melibatkan pihak polis dan perundangan.

“Skuad Peguam bersedia memberikan khidmat guaman untuk peserta-peserta MERAH V2 dan juga membantu dalam apa sahaja hal yang berkaitan perundangan.

“Bagi pihak MERAH V2, kami akan pastikan hak-hak peserta dan penyokong MERAH V2 disisi undang-undang terjamin dan dipertahankan.

“Segala kos berkaitan proses guaman akan ditanggung oleh pihak kami dan para peserta dan penyokong tidak perlu khuatir berkenaan sebarang kos atau cas guaman,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Tan Kim San di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan kepada kesemua peserta dan penyokong MERAH V2 agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan tidak melakukan sebarang bentuk provokasi melampau yang bakal menimbulkan ketegangan.

“Kami ingin memberikan sedikit peringatan kepada peserta dan penyokong supaya menjaga disiplin dan tingkah laku.

“Jangan membawa sebarang jenis senjata ketika datang ke Himpunan MERAH V2.

“Peserta dan penyokong juga diingatkan agar tidak melakukan kekerasan yang melibatkan fizikal seperti menumbuk, menyepak dan sebagainya.

“Elakkan provokasi yg keterlaluan yg boleh mencetuskan suasana tegang seperti menyentuh isu sensitif seperti agama dan bangsa.

“Sentiasa memberi kerjasama yang sebaiknya kepada pihak polis dan patuh kepada arahan-arahan pihak polis serta penganjur,” tegasnya.

Imran menjelaskan, pihaknya memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku pada Sabtu lalu melibatkan penyokong MERAH V2 dan BERSIH 5 di Sabak Bernam.

“Kami akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dalam isu ini.

“Setakat hari ni, tiada sebarang pertuduhan dikenakan keatas semua yang dipanggil.

“Apa juga keputusan siasatan polis nanti, pihak peguam kami sedia menghulur bantuan,” katanya.

Beliau juga meminta jasa baik kepada penggiat media sosial dan netizen agar tidak lagi menyebarkan gambar dua penyokong MERAH V2.

“Bagi pihak keluarga kami memohon kepada penggiat media sosial dan netizen di luar sana supaya tidak memviralkan gambar dua penyokong MERAH V2 yang ditahan oleh polis dalam keadaan bergari.

“Diharap gambar tersebut yang telah dimuatnaik dapat dipadam dengan segera,” ujarnya.

Pada 8 Oktober lalu, pihak polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan melibatkan insiden serangan penyokong MERAH V2 terhadap penyokong BERSIH di Sabak Bernam, Selangor.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi meneliti klip video berkaitan insiden tersebut.

Sementara itu, Imran menegaskan, Gerakan MERAH V2 akan tetap diteruskan bagi memastikan sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini terus dipertahankan.

Katanya, MERAH V2 membawa objektif menentang BERSIH 5 yang secara jelas menyalahi undang-undang dan mencabul sistem demokrasi di negara ini dengan menghasut rakyat turun ke jalan raya.

“Objektif utama MERAH V2 adalah untuk menunjukkan bantahan terhadap penganjuran Himpunan BERSIH 5, dan memberikan mesej yang jelas kepada BERSIH 5 serta rakyat bahawa BERSIH 5 bukanlah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

“Tindakan BERSIH 5 hanyalah bermotifkan kepentingan politik pembangkang yang menghasut rakyat dengan memburukkan dan fitnah jahat terhadap kerajaan dan kepimpinan,” katanya.

— KitaiKini

Advertisements

One thought on “[Video] Gerakan Merah Lancarkan Skuad Peguam MERAH V2

    […] Baca: [Video] Gerakan Merah Lancarkan Skuad Peguam MERAH V2 […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s