[Video] Kanak-kanak Perempuan Mangsa Seks Penagih Dadah, Seorang Lelaki Direman Tujuh Hari

Posted on

41476253912_tahanreman

ALOR SETAR: Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Baca: Demi Syabu,! Kanak-kanak 12 Tahun Jadi Hamba Seks

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail yang membenarkan reman sehingga 18 Oktober ini.

Suspek berusia 24 tahun berpakaian lokap warna oren tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.23 pagi tadi.

Semalam seorang lelaki ditahan kira-kira jam 3 petang di rumahnya di Jalan Langgar, Alor Setar kerana didakwa melakukan hubungan seks dan memberi syabu kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek melalui aplikasi “WeChat” sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.

Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s