Lompat Parti,! Ezam Mohd Nor Binatang Politik

Posted on

14657430_985800331565674_8663840142165846385_n

Bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ya benar, saya serah borang ahli parti kepada (Tan Sri) Muhyiddin pagi semalam.

“Sehari sebelum itu saya telah berjumpa Tun Dr Mahathir. Beliau telah menyakinkan saya perjuangan melawan rasuah lebih berkesan melalui platform politik,” ujar beliau menerusi whatsapp, memetik laporan portal BNBBC.

“Alhamdulillah, respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang kononnya sudah rosak nilai kepimpinannya.

“Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu.

“Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Mahathir sendiri tinggalkan Umno,” katanya lagi.

ezam-ppbm-526x290

Portal itu menambah, pimpinan PPBM akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan permohonan Mohamad Ezam itu dan akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.

Mohamad Ezam pernah menentang pentadbiran Mahathir sejak era reformasi pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudiaannya berakhir disumbat dalam penjara oleh bekas perdana menteri itu.

Mohamad Ezam juga pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010 dan beliau diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Binatang politik akan beri apa sahaja alasan demi periuk nasi diri dan keluarganya tidak rosak. Akan berlakukah lagi adengan ‘kotak’ dalam perjalanan Ezam bersama PPBM. Kotak dari Kementerian Kewangan?

Namun menurut sumber rapat, Ezam ‘dihantar’ oleh Anwar untuk menyusup dan memberi maklumat kepadanya tentang pergerakan Mahathir supaya dendamnya terbalas? Seperti keadaan Ezam ketika beliau menyertai UMNO semula. Apa yang Ezam buat ketika di dalam UMNO?
— BNBBC

Advertisements

One thought on “Lompat Parti,! Ezam Mohd Nor Binatang Politik

    […] Baca: Lompat Parti,! Ezam Mohd Nor Binatang Politik […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s