Rasuah,! Pengurus TNB Kota Bharu Didakwa Rasuah, Pengubahan Wang Haram RM125,200

Posted on Updated on

3cfae666-f98d-4557-9e02-1962222f4a73

KOTA BHARU, 13 Okt — Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu, Arman Che Othman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM125,200.

Baca: [Video] Pegawai Kanan TNB Kota Bharu Terlibat Rasuah Direman Tujuh Hari

Baca: Rasuah,! Tiga Lagi Kakitangan Dan Seorang Jurutera TNB Kelantan Ditahan Reman

Baca: [Video] Rasuah,! Reman Pegawai Kanan TNB Dilanjut Enam Hari Lagi

Baca: Rasuah,! Jurutera TNB Disambung Reman, Bantu Siasatan SPRM

Arman, 47, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Tertuduh menghadapi 11 pertuduhan mengikut Sekyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama sementara dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi 11 pertuduhan itu, Arman dituduh sebagai seorang ejen kepada TNB iaitu Pengurus TNB Tanah Merah menerima suapan wang tunai keseluruhan RM61,000 daripada syarikat kontraktor sebagai upah meluluskan laporan kerja projek.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga cawangan Public Bank di Kota Bharu dan Tanah Merah antara September 2013 dan Julai 2014.

Pertuduhan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu, membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Arman didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Di bawah pertuduhan itu dia didakwa menggunakan wang RM9,000 daripada akaun milik KS Maju Solution, hasil aktiviti haram di Public Bank cawangan Wakaf Siku antara 18 Sept 2013 dan 21 Dis 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu menggunakan wang RM55,200 daripada akaun milik KS Maju Solution di tempat sama antara 1 Jan 2014 dan 18 Okt 2014.

Di bawah akta itu, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya.

Hakim Nazri membenarkan Arman diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Asnawi Abu Hanifah manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s