[Video] GST,! Gagal Bayar Cukai, Datuk Seri Vida Didakwa

Posted on

cunitcbuaaa97f2

KUALA LUMPUR: Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dibenarkan wang jaminan sebanyak RM1.7 juta dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini, bagi kesemua pertuduhan ke atasnya.

Hasmiza atau dikenali sebagai Vida didakwa 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 kerana gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Hakim Murtazadi Amran juga menetapkan agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Menurut sumber Astro AWANI, ini merupakan kes pertama defendan yang tidak mengaku bersalah selepas didakwa di bawah Seksyen 41 (7) akta tersebut.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Pendakwaraya sekali lagi meminta hakim mengenakan wang jaminan berjumlah RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

Kes akan disebut semula pada 15 November depan.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s