Anwar Pasang Ezam Sebagai Agen Dalam PRIBUMI?

Posted on

ezam-ppbm-1

Gerakan politik benih bimbingan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya semua mudah dijangka lebih-lebih lagi mentor sisa dari mentor Anwar, iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejak semalam, begitu hangat dibualkan tentang langkah bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor yang seperti dijangka menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak lama selepas meninggalkan UMNO.

Selepas tinggalkan UMNO, Mohamad Ezam dalam satu kenyataan berkata beliau keluar dari parti kerana kecewa dengan langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menitikberatkan perjuangan membanteras rasuah.

Takkan beliau tidak tahu Pengerusi PPBM, Dr Mahathir paling terkenal dengan rasuah melalui kroni-kroninya sebelum ini, yang mana beliau sendiri kutuk apabila Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Itu belum lagi cerita rasuah pemimpin lain dalam PPBM.

Semua tahu, Anwar yang sudah mula berbaik-baik dengan Dr Mahathir memerlukan Mohamad Ezam untuk menolongnya merealisasikan harapan untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang yang baru menang.

Mohamad Ezam digunakan oleh Anwar untuk memantau gerakan bekas pemimpin dalam UMNO, iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz supaya gerakan-gerakan yang tampak seperti mahu menyingkirkan Anwar akan dapat segera dibendung.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran beliau ke dalam PPBM adalah kerana akan menjadi ejen Anwar di dalam parti itu.

Difahamkan, ada cakap-cakap mengatakan jika ada gerakan untuk menjatuhkan Anwar, Mohamad Ezam akan memulakan kekacauan politik di dalam PPBM untuk menjadikan parti itu huru hara, sekaligus menyelamatkan bosnya dari tersingkir.

Rata-rata, para pemerhati tidak menyukai cara beliau berpolitik apabila pada mulanya bersama dengan Anwar dalam UMNO, kemudian bersama dengan Anwar dalam PKR dan kembali semula ke UMNO.

Kini, apabila semua mentornya kononnya kembali bersama dalam parti PPBM bersifat pembangkang, Mohamad Ezam yang pernah dilantik menjadi Senator dulu kembali kepada pembangkang.

Dulu, beliau pernah menjadi Ketua Angkatan Muda PKR selepas Anwar menubuhkan parti itu untuk memperjuangkan kebebasannya.
– Beruang Biru

Advertisements

One thought on “Anwar Pasang Ezam Sebagai Agen Dalam PRIBUMI?

    […] BUKAN sesuatu yang luar biasa pun kalau Mohamad Ezam Mohd. Nor menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Bagi individu yang bernama Ezam ini, dia masuk mana-mana parti pun sama juga. Tidak ada impak kepada parti yang menyambut kedatangannya.Baca: Anwar Pasang Ezam Sebagai Agen Dalam PRIBUMI? […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s