Baju Kuning Jangan Berlagak Seperti “Kuali Yang Mengatakan Buntut Belanga Hitam”

Posted on

61440930379_950x600

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Baju kuning diingatkan agar tidak berlagak seperti “kuali yang mengatakan buntut belanga hitam” apabila cuba menjadi suci berhubung soal ganas, samseng dan biadap, demikian pandangan Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim.

“Jangan lupa peristiwa kereta polis diterbalikan, dipecah, gambar pemimpin dipijak, membuat aksi mencangkung dan sebagainya. Apakah tindakan itu tidak menggambarkan perbuatan biadap, samseng dan biadap?

“Seperkara lagi kalau tidak ada baju kuning, takkanlah pula ada baju merah. Ini yang perlu diingat dan bukankah jalan terbaik adalah menyerahkan kepada mereka yang berkenaan dalam memperkatakan isu atau hasrat yang diperjuangkan.

“Bukankah kita ada Parlimen dan bukankah di sana juga bukan sahaja wakil kerajaan malah terdapatnya juga wakil rakyat di kalangan parti pembangkang. Gunalah institusi berkenaan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama. Nak luah apa sekali pun luahkanlah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

%3d%3futf-8%3fb%3fu2viyxjryw4gz2ftymfyig5pigrpc2vtdwegbwvkaxvtlibuzxjiywlrligxks5qcgc%3d%3f%3d-762361

Menurut beliau lagi apabila perhimpunan yang melibatkan dua kumpulan sudah tentu akan timbul pelbagai provokasi dan itulah yang ingin dielakkan demi menjamin serta memelihara keharmonian perpaduan sedia ada.

Katanya kelakuan di luar batasan seperti mana yang berlaku pada perhimpunan sebelum ini adalah satu perkara yang hanya menjejaskan imej negara selain menjejaskan perpaduan sedia ada.

“Jadi cermin-cerminlah diri sedalamnya kerana bukan apa…yang dilontarkan itu akan terpalit ke muka sendiri. Apa yang penting dan jalan terbaik adalah gunalah saluran sebaiknya dan bukan secara melulu yang hanya merugikan kita semua.

“Siapa yang mulakan dulu, siapa yang menjadi punca. Jangan berlagak suci dan kurang cerdik dengan membuat tuduhan kepada orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan kekotoran,” ujarnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s