PM Sembah Tahniah Kepada Sultan Muhammad V Dipilih Agong Ke-15

Posted on

61476427732_sultankelantan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini, hari ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, patik ingin menyembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim atas pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV oleh Majlis Raja-Raja untuk tempoh lima tahun bermula 13 Dis 2016,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menyembah tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Katanya kedua-dua pemilihan itu selaras dengan Sistem Raja Berperlembagaan Persekutuan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara berasaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Menurutnya proses itu membuktikan keutuhan merentasi masa sistem pemerintahan negara yang dibina hasil semangat musyawarah serta kebajikan Bapa-bapa Pengasas Negara yang diterajui Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Patik dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri serta anggota pentadbiran lain percaya bahawa negara akan terus bertambah makmur dan maju di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” kata beliau.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s