Raja Berperlembagaan Bukan Sekadar Simbol Di Malaysia – Pensyarah

Posted on

senarai-yang-di-pertuan-agong-malaysia-daulat-tuanku

PORT DICKSON, 14 Okt – Pihak yang menganggap dan mentafsirkan Raja Berpelembagaan hanya sekadar simbol yang tidak mempunyai fungsi di Malaysia, adalah satu kesilapan.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata terdapat juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa Raja Berpelembagaan ini sama seperti sistem Parlimen Westminster di London, England.

“Sebenarnya sangat jauh beza walaupun kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, di England, mereka membunuh raja dan tidak beraja selama lebih kurang 20 tahun…tetapi di Tanah Melayu, raja adil, raja disembah…Melayu pernah bunuh raja kerana kezalimannya, tetapi kedaulatan kesultanan raja-raja Melayu tidak pernah hilang dari bumi Tanah Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program diskusi bertajuk ‘Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan’ anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Politeknik Port Dickson di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza serta Pengarah Politeknik Port Dickson Mejar (K) Mohd Kharir Mohd Ibrahim.

Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata Raja Berperlembagaan di negara ini bukanlah satu prinsip baharu malah telah diterima pakai sejak sekian lama.

Beliau berkata tanpa perkenan Raja-Raja Melayu, Tanah Melayu tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 malah Malaysia juga tidak akan terbentuk pada 1963.

Malah katanya, adalah silap jika terdapat pandangan bahawa Raja-Raja Melayu tidak mempunyai peranan dalam pentadbiran negara.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan pelbagai peranan dan fungsi Raja-Raja Melayu berkaitan pentadbiran negara…dan apa yang ditulis dalam Perlembagaan itu merupakan undang-undang tertinggi negara, maka tidak ada sesiapa yang boleh mencabar atau merosakkan undang-undang tertinggi negara.

“Oleh itu selagi mana kita mentaati Perlembagaan maka selagi itulah kita wajib taat kepada kedaulatan demokrasi dan Parlimen dan kita juga hendaklah taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana sumpah yang mereka ambil itu bukan sewenang-wenang sumpah,” katanya.

Program diskusi yang bertujuan menyemai nilai-nilai positif terhadap kedaulatan Institusi Raja dalam kalangan belia dihadiri kira-kira 500 orang pelajar termasuk pensyarah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s