Syarikat Milik Rafizi Disiasat

Posted on

pkr-secretary-general-pandan-mp-rafizi-ramli-51

Walaupun akan memberikan kerjasama jika diberi notis bertulis, pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) berkata beliau kesal dengan serbuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pagi ini.

“Saya kesal kerana organisasi yang membongkar penyelewengan wang rakyat seperti NOW terus menjadi sasaran pihak berkuasa,” kata Rafizi Ramli.

Katanya, beliau yang juga naib presiden PKR berdepan 12 tindakan undang-undang setakat ini, manakala pengasas bersama NOW Akmal Nasir juga pernah disaman oleh menteri.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga menasihatkan SSM lebih menumpukan kepada pelbagai penemuan oleh Ketua Audit Negara mengenai dakwaan salah laku 1MDB dan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

“Pelanggaran–pelanggaran oleh 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Syarikat adalah banyak dan saya sendiri telah membuat laporan polis mengenai pelanggaran-pelanggaran di bawah Akta Syarikat ini.

“Kenapa sehingga sekarang SSM masih belum menyerbu 1MDB?” katanya.

Perlukah diserbu hanya berpandukan fitnah? Khabarnya syarikat Rafizi mengutip derma dan 1MDB juga sebuah syarikat mengutip duit dari rakyat? Sepatutnya LHDN dan SPRM turut membuat siasatan yang teliti berhubung syarikat milik Rafizi ini.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s