[Video] Ezam Sertai PPBM, Angkara Video Lama Saya Ditohmah Dan Cerca

Posted on

14705783_10208859414977703_1870065224562195041_n

Semasa siaran berkaitan berita Datuk Ezam Nor II disiarkan di Astro Awani mereka menggunakan video yang dah lama dan ternampaklah saya dibelakang Datuk Ezam. Maka bertalu-talulah whatsapp dan semua medium untuk bermesej ini bertanyakan ‘kedudukan saya.’ Tak kurang jugak mula tohmahan dibeberapa facebook dan twitter.

Baca: Lompat Parti,! Ezam Mohd Nor Binatang Politik

Sememangnya dunia sekarang ni senang sangat terdedah dengan pelbagai persepsi yang kita sebagai manusia tidak berdaya dan mampu menanganinya dengan tuntas dan pantas. Dunia yang terdedah dengan fitnah dan penghakiman tanpa bicara. ‘Penghukuman tanpa usul periksa.’

Saya sehingga hari ini mengakui masih rapat dengan Datuk Ezam. Tetapi tidak semestinya saya terus menerus mengikuti Datuk Ezam khususnya dalam bab prinsip dan pegangan.

“Saya menghormati pendirian dan prinsip beliau dan dalam masa yang sama Datuk Ezam juga menghormati pendirian saya. Apakah berbeda pandangan dan prinsip hanya dalam bab kepartian satu perkara yang memaksa dan memungkinkan saya untuk memutuskan hubungan saya dengan sesiapa?”

“Untuk pengetahuan rakan-rakan, sedari saya terjun dalam arena politik dan bersama Umno seawal umur 20 an saya masih berkawan dengan semua termasuk orang-orang Pas ketika itu. Hubungan saya tidak terputus sehingga keakhir hayat Allahyarham Dato Norzahidi (mantan Adun Pengkalan Kubor) walau saya menjawat jawatan Ketua Pemuda PKR Negeri ketika itu.”

Sejak 2010 saya ‘MENINGGALKAN PKR’ tidak pernah seorang rakan yang saya removed atau unfriended dari kalangan pembangkang. Sehinggalah hari ini saya masih mengekalkan hubungan sahabat walau berbeza kiblat politik. Tidak seorang, orang Pas yang saya musuhi. Tidak ada seorang orang PKR yang saya dendamkan. Ianya berkisar soal prinsip yang harus dihormati.

“Begitu jugalah saya menghormati keputusan Datuk Mohamad Ezam Nor untuk bersama PPMB. Itu hak beliau dan saya hanya mampu mendoakan kejayaan semua diantara kita.”

Apakah susah untuk menjadi manusia yang menghormati orang lain. Apakah harus dipelihara binatang buas yang bernama keangkuhan didalam diri kita. Apakah perlu dibela sikap maki hamun dan cerca mencerca dengan bahasa yang kita sendiri tidak sanggup untuk dengar dalam diri kita hanya kerana politik. Apakah tenang saudara-saudara dengan sifat egois yang akhir nya tidak membawa saudara-saudara kemana pun.

“Berhati bersih lah saudara. Beristighfar mohon Allah membersihkan hati kita. Berzikirlah moga Allah memberikan ganjaran yang baik kepada kita dan bertahjud dan istiqarah lah kepada Allah agar Allah menetapkan diri dan hati kita untuk lihat kebenaran.”

Wassalam…

Wan Khairul Ihsan
Bekas Ketua Pemuda PKR Negeri Kelantan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s