[Video] PKIM Menghadiahkan Lim Guan Eng Dua Penyapu

Posted on

22_03_2016_-_lim_guan_eng

GEORGETOWN – Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) hari ini menghadiah dua batang penyapu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai simbolik membantah perhimpunan Bersih di Pulau Pinang.

Penyapu bersama-sama memorandum bantahan itu diserah kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul untuk disampaikan kepada Lim di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Presiden PKIM Aminah Abdullah berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP‎ sepatutnya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa terlebih dahulu sebelum memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.

“Perhimpunan itu tidak perlu dibuat di Pulau Pinang kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan orang ramai. Kami juga menerima aduan dan bantahan daripada orang ramai terutama peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Bersih dan penyapu itu.
– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s