Gelombang Merah,! UMNO Kelantan Wujudkan Semula Program Jelajah Gelombang Merah

Posted on

photo_2016-10-15_01-44-53

JELI, 14 Okt – UMNO Kelantan mewujudkan semula program Jelajah Gelombang Merah yang kali ini lebih bersifat mesra rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

photo_2016-10-15_01-44-55

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata program itu yang pertama kali diperkenalkan UMNO Kelantan ketika menghadapi PRU13 lalu, dirancakkan semula dengan format baharu yang melibatkan seluruh pimpinan UMNO di peringat negeri, bahagian dan cawangan.

“Terdapat penambahbaikan dalam pengisian program Jelajah Gelombang Merah kali ini iaitu ia lebih bersifat santai dan mesra rakyat.

“Konsep ini dilihat penting kepada kami bagi menaikkan lagi semangat rakyat di negeri ini untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan PRU14 milik kami di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Gelombang Merah peringkat UMNO Bahagian Jeli di sini, hari ini.

Mustapa berkata antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan kawasan kemudahan awam, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, serta penjelasan isu-isu semasa.

photo_2016-10-15_01-44-58

Beliau berkata program Jelajah Gelombang Merah ini akan pergi ke setiap 14 bahagian UMNO di negeri ini secara bergilir-gilir, sehingga menjelangnya PRU14.

Menurut Mustapa pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 orang akan hadir pada setiap program itu diadakan, dan rakyat akan berpeluang mendapat penjelasan bagi pelbagai isu semasa.

Ditanya mengenai kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kelantan, Mustapa berkata pihaknya memantau perkara tersebut.

“(Bagaimanapun) Setakat ini, pertambahan anggota baharu di setiap bahagian UMNO begitu banyak,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s