Lompat Parti,! Ezam Pun `Katak’ Juga

Posted on

2016-10-14-photo-00002071

BUKAN sesuatu yang luar biasa pun kalau Mohamad Ezam Mohd. Nor menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Bagi individu yang bernama Ezam ini, dia masuk mana-mana parti pun sama juga. Tidak ada impak kepada parti yang menyambut kedatangannya.Baca: Anwar Pasang Ezam Sebagai Agen Dalam PRIBUMI?

Semasa dalam Parti Keadilan dahulupun, Ezamlah yang paling lantang mengkritik menentang pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

‘Berkotak-kotak rahsia kerajaan’ yang ditakut-takutkan Ezam bakal dibongkarkannya semasa berceramah atas pentas politik pembangkang. Ini sehinggakan ceramah Parti Keadilan sentiasa penuh sesak dengan khalayak yang berminat mendengar di penghujung bait-bait ceramahnya ‘bila…bila dan bila kotak rahsia mahu dibuka’.

Dan Ezam akan memastikan khalayak tertunggu-tunggu…. “Nantikan…nantikan…di ceramah berikutnya…”

Di pentas ceramah, tanpa melihat kelibat Ezam pun, khalayak akan menyangka suara yang didengari suara Anwar. Tetapi rupa-rupanya Ezam. Segala personaliti dan imej Anwar akan ditiru Ezam. `Kotak-kotak berisi rahsia’ yang setiap hari, setiap minggu dan berganti bulan yang dicanang mahu didedahkannya, akhirnya terjawab – hanyalah permainan dan propaganda Ezam semata-mata. Tidak terbongkar sehingga hari ini.

Ramai ahli dan penyokong Parti Keadilan (sebelum ditukar kepada PKR) semasa itu menjangkakan Ezamlah selayaknya menggantikan Anwar.

Namun Ezam berpaling tadah. Sama ada waktu itu dia mengalah atau didiamkan oleh Mohamed Azmin Ali, Ezam akhirnya meninggalkan PKR dan menyertai UMNO pada Mei 2008.

Dianggap keputusannya semasa itu suatu malapetaka besar buat Parti Keadilan, Ezam bertekad untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.

Namun semasa dalam UMNO pun, Ezam tidak berbuat apa-apa. Tidak tercerna pun pengalaman ‘sepak terajangnya’ dalam politik semasa berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar atau menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.

Ezam tidak membantu UMNO pun.

Dan baru-baru ini dia memilih untuk keluar UMNO dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah. Keputusan berkenaan, didakwanya, dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekali gus melakukan perubahan di negara ini.

Mengenali Ezam, hanya satu yang boleh ditakrifkan mengenai dirinya, yakni:

“Ezam pun ‘katak’ juga…`katak politik’ yang melompat ke sana sini tanpa diketahui matlamat sebenar dan destinasi yang mahu dihinggapnya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s