Peguam Anwar Ibrahim, Kimberly Motley Biadap Dan Kurang Ajar

Posted on

vell-paariii

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari hari ini menyelar tindakan biadap Peguam Amerika bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberly Motley yang cuba merempuh masuk ke Jabatan Perdana Menteri untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

wp-1476518226950Menyifatkan tindakan tersebut sebagai suatu yang kurang ajar, S. Vell Paari berkata tindakan tersebut jelas menunjukkan Kimberly langsung tidak menghormati protokol serta undang-undang yang termaktub di negara ini.

“Persoalanya, apa istimewanya Kimberly Motley ini sehingga Perdana Menteri harus berjumpa dengan beliau yang dengan jelas hanya menyibuk dalam hal ehwal dalaman negara ini?

“Malah, jika di Amerika Syarikat pun, bukan sebegitu mudah untuk seorang peguam dari luar negara untuk pergi ke White House dan berjumpa dengan Presiden Obama,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, S. Vell Paari berkata, meskipun peguam itu cuba menulis surat kepada Obama, belum tentu peguam tersebut dapat berjumpa dengannya kerana kekangan beberapa protokol dan proses keselamatan yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

“Malah belum pernah lagi dalam sejarah pentadbiran Presiden Obama ada peguam dari luar negara mahupun Kimberly Motley boleh pergi ke White House dan bertegas untuk berjumpa dengan presiden hanya dengan alasan telah menulis surat terlebih dahulu.

“Kimberly Motley memberikan alasan yang dangkal untuk berjumpa Perdana Menteri, iaitu untuk memberitahu sesuatu kepada Perdana Menteri tentang kes Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan peguam tersebut bahawa Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk membebaskan Anwar , malah Perdana Menteri sendiri tidak campur tangan dalam urusan mahkamah.

“Pertama sekali, Malaysia mengamalkan doktrin atau prinsip pengasingan kuasa dimana Malaysia membahagikan kuasa kepada tiga institusi iaitu Eksekutif; Parlimen; Kehakiman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Ketua Eksekutif negara.

“Beliau tidak boleh campur tangan dalam hal – hal melibatkan mahkamah kerana tindakan ini adalah bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan oleh Malaysia.

“Oleh yang demikian, peguam Anwar Ibrahim, Kimberly Motley ini sebarnya tidak faham akan prinsip undang – undang di negara ini dan mahu Perdana Menteri campur tangan dalam hal – hal mahkamah yang jelas melanggar perlembagaan negara,” katanya.

S. Vell Paari pada masa yang sama turut mempersoalkan tindakan peguam berkenaan kerana umum sedia maklum perbicaraan Anwar sudah berpuluh kali ditangguh atas sebab yang tidak munasabah.

“Konklusinya, saya ingin nasihatkan Kimberly Motley untuk balik ke negara beliau.

“Jangan cuba masuk campur akan hal-hal dalaman negara ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan kita tidak perlu seorang peguam Amerika Syarikat untuk memberitahu apa yang eksekutif ataupun mahkamah kita harus lakukan,” tegasnya.

Terdahulu, Penasihat Undang-Undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberly Motley, berharap dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum beliau pulang ke Washington, Amerika Syarikat pada 26 Oktober ini.

Peguam warga Amerika Syarikat itu berkata, kedatangannya ke Perdana Putra pada hari ini menyusuli surat yang dihantar pada Rabu lalu bagi mendapatkan temujanji dengan Perdana Menteri.

“Saya sudah menghantar surat untuk bertemu Datuk Seri Najib, bagaimanapun saya tahu beliau sangat sibuk dan kami hormati perkara itu.

“Namun, kes ini menjadi keutamaan saya, dan ia juga amat penting pada Malaysia kerana kini sudah menjadi tumpuan antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Katanya, kakitangan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan tidak menerima sebarang surat permohonan temujanji yang dihantarnya pada Rabu lalu, bagi membincangkan perkara penting berkaitan kes Anwar.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s