[Video] Konvensyen,! UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia – Mustapa

Posted on

14708110_1845494129014621_5167155466033110229_n

KOTA BHARU, 15 Okt — UMNO Kelantan akan turun ke peringkat akar umbi dan memberi penerangan kepada masyarakat terutama golongan belia bagi menangkis persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang terhadap parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata golongan belia dilihat tidak mendapat maklumat mencukupi berkaitan aspirasi kerajaan menyebabkan mereka mudah mempercayai maklumat tidak benar yang tersebar terutama di laman media sosial.

“Ada perkara-perkara yang tidak difahami mereka (golongan muda). Kita akan beri penjelasan apabila bersama mereka dan jelas bahawa mereka disuap dengan maklumat yang tidak tepat.

“(Ini berikutan) mereka mengikuti portal berita yang prejudis terhadap UMNO. Kita akan lancarkan usaha (penerangan) di universiti dan negeri untuk mendekati (dan memberi penerangan kepada) rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Kelantan di sini, hari ini.

whatsapp-image-2016-10-15-at-15-28-54

Konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,500 anggota UMNO di peringkat akar umbi itu turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas mengenai hubungan antara UMNO dan PAS, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerjasama yang dijalin dengan kerajaan Kelantan hanya berkaitan kepentingan rakyat semata-mata.

Ucapan dari wakil Majlis Belia Negeri Kelantan, saudara Mohd Syahbuddin Hashim

“Di Kelantan kita akan terus mendedahkan kelemahan-kelemahan pentadbiran (kerajaan negeri) kerana kita ingin lihat Kelantan ditadbir dengan lebih cekap dan lebih baik. Kita nak supaya isu rakyat sama ada kemudahan awam ataupun air dan lain-lainnya dapat dibela dan kita akan terus menyatakan pandangan kita dengan terbuka,” katanya.

— Bernama

Advertisements

2 thoughts on “[Video] Konvensyen,! UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia – Mustapa

    […] Baca: [Video] Konvensyen,! UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia – Mustapa […]

    Like

    […] Baca: [Video] Konvensyen,! UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia – Mustapa […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s