Kerajaan Perlu Berani Ubah Suai Legasi Yang Merugikan Rakyat – Annuar Musa

Posted on

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berucap pada majlis Penerangan Pimpinan Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Perlis  yang diadakan di Dewan Matrikulasi Arau hari ini. Foto-MediaUMNO
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berucap pada majlis Penerangan Pimpinan Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Matrikulasi Arau hari ini. Foto-MediaUMNO

ARAU, 16 Okt – Kerajaan hari ini mesti berani mengubah suai legasi kerajaan terdahulu yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa yang merugikan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Sambil merujuk kepada Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), beliau berkata industri automotif dalam alaf baharu sangat kompetitif dan mendorong banyak syarikat dalam bidang berkenaan untuk bergabung.

“Kita bangga Malaysia memasuki industri automotif tetapi keadaan sekarang sangat berbeza. Kita tidak lagi kompetitif malah kerajaan terpaksa memberi subsidi berbilion ringgit untuk memastikan Proton tidak gulung tikar.

“Wang subsidi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan yang memanfaatkan rakyat,” kata Annuar kepada pemberita selepas memberi ceramah pada Program Penerangan Pemimpin Bersama Akar Umbi peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir pada program jelajah siri ketiga itu ialah pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Annuar berkata beliau sendiri membuat gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya legasi negatif tidak kira oleh sesiapapun yang tidak lagi sesuai atau memberi kesan positif kepada rakyat hendaklah diubah suai.

“Kita tidak mampu berterusan menanggung Proton kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan satu model perniagaan yang sepatutnya memilih penggabungan,” katanya.

Annuar berkata kos penswastaan yang menjadi bebanan juga harus dikaji semula supaya rakyat tidak dibebankan dengan cukai kelak.

Katanya pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa Menara Kembar Petronas boleh diruntuhkan bagi menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

“Pembangkang memutarbelitkan kenyataan Salleh dengan memetik sebahagian sahaja kenyataan beliau sedangkan menteri berkenaan tidak langsung bermaksud mahu meruntuhkan KLCC,” jelasnya.

Beliau mahu pemimpin akar umbi dan jentera penerangan UMNO melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya tidak terpengaruh dengan persepsi yang tidak benar.

“Kerja pembangkang mudah sahaja. Mereka cari salah kerajaan untuk menyerang dan kita terpaksa memberi penerangan untuk membetulkannya,” kata Annuar.

— MediaUMNO

Advertisements

One thought on “Kerajaan Perlu Berani Ubah Suai Legasi Yang Merugikan Rakyat – Annuar Musa

    […] Baca: Kerajaan Perlu Berani Ubah Suai Legasi Yang Merugikan Rakyat – Annuar Musa […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s