Kerajaan Terus Cakna Pembangunan Islam – Asyraf Wajdi

Posted on

img_1050

PASIR PUTEH, 16 Okt – Pembangunan Islam di negara ini yang terus diperkasa dari semasa ke semasa menjadi cerminan kerajaan yang tidak pernah lari daripada tanggungjawab, sekali gus menangkis dakwaan ia tidak cakna kepada pembangunan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata komitmen itu dapat dilihat termasuk melalui pelbagai program dan peruntukan yang disalurkan kepada jabatan dan agensi berkaitan.

“Sejak selepas kemerdekaan, usaha kerajaan dalam mendaulatkan agama dapat dilihat melalui perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Ia juga membolehkan kerajaan memperuntukkan sejumlah kewangan untuk pembangunan Islam dan disusuli pelbagai program dan peruntukan berterusan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian zakat kepada 220 petani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan Ab Halim Mohamad dan Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Tengku Husim Tengku Ab Rahman.

Asyraf Wajdi berkata antara usaha kerajaan dalam membangunkan Islam termasuk memperuntukkan RM515 juta setahun kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membayar gaji kepada 14,234 orang imam, selain guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.

Beliau berkata kesungguhan dan iltizam kerajaan dalam pembangunan Islam juga diterjemah melalui pelantikan lebih 58,000 guru pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan selain mewujudkan hampir 400 sekolah agama yang sebahagian besarnya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s