PAS vs PH,! PAS Pahang Tidak Akan Serah Kerusi Kepada Pakatan

Posted on

pas-umno1

PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kepada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar menegaskan, PAS akan tetap meletakkan calon walaupun Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi itu melalui parti-parti komponennya sama ada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

“PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Rosli mengingatkan PKR yang masih menjalin kerjasama dengan PAS di Selangor diingatkan supaya berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapannya supaya tidak menganggu kerusi PAS.

Beliau menegaskan keputusan PAS Pahang itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini.

“Jentera PAS telah bekerja di setiap DUN PAS bertanding sejak bertahun lalu. Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS,” tegasnya lagi.

Pakatan Harapan mempergunakan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memujuk PAS supaya bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Beberapa pemimpin PAS bagaimanapun menegaskan tiada kerjasama akan terjalin antara PAS dengan Pakatan Harapan selepas parti itu disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu.

Muhyiddin dan mentornya, Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan PPBM pada tahun ini untuk bekerjasama dengan pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan UMNO dalam PRU akan datang.

Kedua-dua mereka bertindak demikian selepas usaha mereka untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam parti itu demi kepentingan peribadi masing-masing menemui jalan buntu.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s