[Video] Pokok Setol Terbakar,! Dah Padam, Tapi Terbakar Balik

Posted on

whatsapp-image-2016-10-16-at-19-24-36

Kuala Nerus: Pokok setol di kawasan Tanah Perkuburan Islam di Kampung Kebor Besar, di sini, didakwa tiba-tiba terbakar sejak petang semalam.

Kejadian itu disedari penduduk kampung, kira-kira 5 petang semalam, sebelum menghubungi bomba dan dipadam sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian.

Bagaimanapun, pokok berkenaan kembali berasap dan terbakar, hari ini, sekali gus menimbulkan kehairanan dalam kalangan penduduk dan orang ramai.

Pengerusi Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kebor Besar Che Harun Ali, 50, mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mahu masyarakat tidak terlalu taksub dan mengaitkannya dengan kepercayaan karut serta tahyul.

“Kejadian ini memang menimbulkan tanda tanya kerana ia sudah dipadam sepenuhnya oleh anggota bomba tetapi kebakaran kembali berlaku.

“Saya juga berharap supaya tiada pihak yang menjadikan tempat ini untuk melakukan perkara atau perbuatan kurafat yang boleh memesongkan akidah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s