Cuti Sakit Adalah Hak Mutlak Doktor

Posted on

wp-1476707125629

Saya muak membaca status-status di facebook dan media sosial lain perihal orang ramai yang marah kerana tidak diberikan MC (cuti sakit) oleh doktor.

Kebiasaannya status tersebut bersifat panjang lebar dan penuh emosi hingga mengundang maki hamun dan cercaan oleh orang ramai terutamanya Persatuan Kaki MC Semalaysia kepada petugas kesihatan KKM yang hanya menjalankan tugas.

Kebiasaanya isu akan timbul apabila pesakit mengalami sakit minor, tidak kritikal atau berlakon sakit. Pada penilaian profesional doktor yang merawat, mereka boleh menilai sekiranya pesakit itu boleh bekerja mahupun tidak. Untuk mereka yang benar-benar sakit, MC akan dikeluarkan sekalipun pesakit tidak meminta.

MC ini sebenarnya adalah bukan hak anda. Ia adalah merupakan hak doktor sebenarnya. Ia adalah hak mutlak doktor untuk membuat keputusan siapa yang layak dan siapa yang difikirkan tidak perlu untuk MC.

Tidak semestinya apabila anda sakit dan datang berjumpa doktor, MC wajib diberikan. Kami akan membuat penilaian klinikal dan akan memberikannya sekiranya anda layak. Ada kalanya juga sekalipun pesakit tidak serius sakitnya, doktor boleh mengeluarkan MC atas BUDI BICARA beliau. Contohnya, saya pernah memberi MC kepada pesakit yang diugut suaminya kerana memikirkan kesan psikologinya yang tercedera.

Komen-komen paling biasa di status yang memaki hamun doktor kerana gagal berlakon cemerlang untuk meyakinkan doktor agar mengeluarkan MC adalah mengatakan bahawa kami (staff KKM) tak rasa sakit yang pesakit rasa dan sebab tu kejam tak mahu berikan MC.

Gambar ini adalah staf saya yang saya ambil beberapa ketika lalu. Beliau seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) wanita saya. Beliau sedang demam dan sakit. Sepatutnya ia melayakkan beliau mendapatkan MC. Namun kerana kepentingan perkhidmatan, beliau terus bekerja sungguhpun tangannya masih berjarum branula dan mengambil ubat sambil bekerja.

So cai…kalau frust nenipu nak dapat MC tapi tak dapat, tak payah la nak meroyan di media sosial sambil seru golongan jahil dan para kaki MC memaki hamun kami secara jemaah. Panjang-panjang boleh berbalas komen di status membuktikan hang tak layak dapat MC. Sila pertingkatkan skill lakonan dan sandiwara anda. Mana tau next time kami hayati dan bagi MC. Hangpa jugak yang untung. 😝

Kepada sahabat-sahabat saya petugas perubatan, mohon tabah dan teruskan semangat bekerja sambil beribadah. Apalah sangat #virul di dunia yang hina ini berbanding mewangi viral di kalangan penghuni langit. 😊
Oleh : Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s