Nik Aziz Pesan Wajib Sertai Bersih – Husam

Posted on

husam-kit-dap-555x290

Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan 19 November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.

Baca: Bersih 5.0,! Tanpa PAS Akan Gagal!

Sebelum ini, umum mengetahui Husam mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga menteri besar itu seringkali mempertahankannya dalam beberapa isu berbangkit.

“Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.

“Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan,” kata Husam.

Husam yang kini bersama parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) berkata demikian ketika ucapannya dalam majlis sambutan setahun PAN Selangor di Dewan Alamanda, Shah Alam, semalam.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum ini.

Benarkah pesanan ini dan kenapa pemimpin PAS lain tidak ingat?
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s