PPBM Tidak Mampu Tawar Kelebihan Kepada Pakatan Pembangkang – Annuar Musa

Posted on Updated on

41457610513_annuarmusa

ALOR SETAR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menawarkan kelebihan kepada pakatan pembangkang berikutan masih dalam situasi ‘cuba mencuba’ malah tidak ubah seperti berada di alam fantasi.

Baca: Empat Perkara Bagi Memastikan UMNO Terus Kekal Utuh Dan Relevan Sepanjang Masa – Annuar Musa

Baca: Kerajaan Perlu Berani Ubah Suai Legasi Yang Merugikan Rakyat – Annuar Musa

Beliau berkata ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berada di alam realiti, malah sudah puluhan tahun mencapai persefahaman yang jitu bersama-sama parti komponen yang lain.

“Lagipun sejarah mengatakan kalau kerjasama itu hanya sekadar kerana ada ‘common enemy’ (musuh yang sama) maka perbalahan lebih besar akan terjadi selepas itu. Adakah rakyat nak mengorbankan sesuatu untuk mengambil satu alternatif yang belum menjanjikan apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Himpunan Jentera Penerangan UMNO Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Annuar diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kewujudan parti baharu PPBM mampu memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang dalam pillihan raya umum ke-14 akan datang.

Malah Anggota Parlimen Ketereh itu sangsi dengan kesediaan parti pembangkang seperti DAP dan PKR untuk mengorbankan kerusi mereka untuk PPBM.

Dalam pada itu, Annuar menggariskan empat elemen untuk memperkuat dan merapatkan lagi saf UMNO iaitu meningkatkan solidariti, penghayatan perjuangan parti, membina strategi yang betul serta membentuk mentaliti untuk menang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta anggota UMNO membentuk imej baik terhadap parti berusia 70 tahun itu bagi memastikan parti dinilai berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang sebenar-benarnya.

“Jangan biarkan orang kenal UMNO dari lidah PAS, jangan biarkan orang kenal UMNO dari bibir DAP. Hidupkan sejarah UMNO,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s