PRU 14,! Harapan Baharu Rakyat Kelantan

Posted on Updated on

photo_2016-10-16_00-51-11

KUALA KRAI – Ketika orang Melayu dilihat semakin berpecah berikutan penubuhan parti-parti baharu, UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN) terus relevan untuk menguruskan pentadbiran negara.

Baca: [Video] Konvensyen,! UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia – Mustapa

Baca: Konvensyen UMNO Kelantan,! UMNO Mesti Menang Dengan Kekuatan Sendiri – Khairy

Walaupun bukan lagi menjadi parti tunggal orang Melayu yang menegakkan agama Islam, UMNO tetap menjadi wadah terbaik dan pilihan rakyat untuk terus memimpin.

Oleh itu, hasrat UMNO untuk menamatkan penguasaan PAS selama 26 tahun di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bukanlah suatu omong-omong kosong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melihat perpecahan Melayu dan serangan terhadap kerajaan sebagai cabaran utama bagi UMNO bagi mengukuhkan lagi solidariti ahli parti.

“UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan,” katanya berucap pada majlis penutup Konvensyen UMNO Kelantan yang bertemakan PRU-14 Milik BN di Kota Bharu, semalam.

Walaupun diperintah oleh PAS selama 26 tahun, Kelantan merupakan antara negeri yang menerima peruntukan pembangunan terbesar dan ia tidak boleh dinafikan berdasarkan projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

Oleh itu, anggapan bahawa Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan ada tidak benar sama sekali. UMNO juga tidak boleh dipersalahkan jika pembangunan negeri ini masih perlahan.

Menurut Mustapa, UMNO negeri bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyalurkan peruntukan besar untuk membangunkan Kelantan.

whatsapp-image-2016-10-15-at-15-28-54

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan rakyat Kelantan kini mengakui bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan menunjukkan respons yang positif terhadap UMNO.

“Kita akan berusaha lebih gigih dan bekerja keras untuk tidak mengecewakan rakyat,” kata Mustapa dan percaya BN mampu mengambil alih teraju pentadbiran Kelantan pada PRU -14.

Ini bukan disebabkan perpecahan yang berlaku di dalam PAS dan parti pembangkang yang lain, tetapi atas kekuatan UMNO sendiri yang kembali meyakinkan rakyat bahawa ia adalah parti yang terbaik untuk memimpin negeri dan negara.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s