Musuh Negara,! Dadah Baru Yang Sedang Mengancam Dunia

Posted on Updated on

well-vol-1
Sumber gambar – https://www.haikudeck.com

Hari ini pelbagal jenis dadah yang dihasilkan dalam dunia perubatan, yang bertujuan membantu pesakit-pesakit. Tetapi penyalahgunaannya bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan malah menimbulkan wabak sosial yang meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan.

Baca: Musuh Negara,! Remaja Dan Dadah, Peningkatan Penagih Membimbangkan

Perkembangan pemprosesannya menghasilkan dadah seperti morphine, heroin , LSD, dan dadah sintetik seperti ecstasy. Bertujuan memberi impak yang maksima. Ya, kesan dadah yang lebih cepat dan kekal.

ls_medium

Ketagihan!! merupakan kesan dadah yang akan berpanjangan. Ramai daripada penagih dadah tidak mampu untuk keluar dari kesan tersebut. Ada juga yang sudah ‘bersih’, tetapi kembali mendapatkan dadah jenis terlarang ini kerana TIDAK TAHAN.

Melalui kesan ini, keuntungan berjaya dikaut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana pelanggan mereka tidak putus dan sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya walaupun dengan poket yang kosong.

well-vol-1-1
Sumber gambar – https://www.topwallpapers.pw

Sedarkah anda, terdapat sejenis dadah yang lebih berbahaya dan mampu diperolehi dengan mudah dan percuma!!!

Dalam satu pembentangan kepada komiti senat Amerika Syarikat, Dr. Jeffery Satinover, Universiti Princeton mengatakan,

“Wujud sejenis dadah yang 100 kali lebih berbahaya daripada heroin, dan ianya mudah digunakan di rumah dan disuntik terus ke dalam otak melalui mata”

Dadah ini adalah Dadah Pornografi(Bahan-bahan lucah). Yang selama ini kita sekadar anggap perkara nakal, atau tidak sesuai untuk dibicarakan/taboo. Malah sekiranya ditangkap ‘kantoi’ di sekolah perkara tersebut sekadar memalukan dan hukumannya pula cukup dengan rotan, atau paling berat digantung sekolah.

Sama halnya seperti dadah, tanpa sedar dadah porno memberi kesan yang terlalu dahsyat kepada kesihatan dan juga nilai-nilai kemanusiaan. Dan apa yang lebih membimbangkan kesannya berpanjangan.

Dalam ulasan yang akan datang, kita akan lihat bagaimana dadah porno mampu memberi kesan seperti dadah-dadah yang lain.
— Apecher

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s