[Video] Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan

Posted on

zaharin

KOTA BHARU, 17 Okt — Kerajaan PAS Kelantan belum menarik balik arahan penangguhan sementara semua aktiviti pembalakan yang dikuatkuasakan pada 3 Okt lepas di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, di Gua Musang.

Baca: [Video] Aktiviti Pembalakan Sumber Hasil Kerajaan Negeri, Tidak Akan Dihentikan – MB Kelantan

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Zahari Ibrahim berkata dua syarikat yang diberi lesen pembalakan di bawah pemegang konsensi, Kumpulan Perkayuan Kelantan Sdn.Bhd (KPK), masih menunggu arahan terbaru daripada kerajaan negeri.

“Setakat ini masih belum ada keputusan untuk membenarkan kerja-kerja pembalakan di kawasan HSK Balah itu disambung semula,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 3 Okt lepas, kerajaan negeri mengeluarkan arahan itu selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di Gua Musang sejak 26 Sept lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah yang berhampiran dengan kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mereka mendakwa aktiviti itu merosakan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahari berkata penduduk Orang Asli di kawasan itu bebas untuk memasuki kawasan HSK Balah manakala individu atau pihak lain wajib memohon permit untuk masuk ke situ.

Katanya, pihak yang ingkar dengan peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 47(e) Akta Perhutanan Negara 1948 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun.

Beliau berkata anggota jabatannya membuat pemeriksaan di laluan masuk ke HSK tersebut sejak akhir bulan lepas, bagi memastikan pihak luar tidak menceroboh kawasan hutan tersebut tanpa permit.

“Kita tidak mahu pihak luar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili Orang Asli sewenang-wenangnya memasuki HSK Balah dan mengelirukan penduduk dengan pelbagai dakyah sehingga mencetuskan kekacauan,” katanya.

— Bernama

Advertisements

One thought on “[Video] Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan

    […] Baca: [Video] Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s