Baju Merah,! Jamal Yunos Direman Dua Hari

Posted on

14670596_539089726301891_3424813592816530740_n

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pagi tadi, ditahan reman dua hari sehingga esok.

Baca: [Video] Pemimpin Kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos Ditahan Di KLIA

Penasihat Undang-undang Gerakan Merah V2 Mohd Imran Tamrin berkata Jamal, yang juga pengerusi gerakan itu, disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Beliau (Jamal) ditahan berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata pihaknya akur dengan penahanan Jamal kerana menghormati undang-undang negara.

“Ini menunjukkan beliau (Jamal) berani berdepan undang-undang dan kami hormati kerja polis,” katanya.

Armand Azha berkata pihaknya akan berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menunjukkan soladiriti terhadap penahanan Jamal.

BACA: Pemimpin kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan di KLIA

Selain itu, Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi turut hadir ke IPD Dang Wangi bagi menyatakan sokongan terhadap Jamal.

“Saya hadir bagi memberikan sokongan moral kepadanya dan saya yakin kita mempunyai sistem perundangan yang adil,” katanya.

Jamal ditahan di KLIA kira-kira 8.30 pagi tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi di sini.

Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, tiba di IPD Dang Wangi kira-kira 10.30 pagi untuk disoal siasat dengan ditemani peguamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan pemahanan Jamal namun enggan mengulas lanjut.
— Bernama

Advertisements

One thought on “Baju Merah,! Jamal Yunos Direman Dua Hari

    […] Baca: Baju Merah,! Jamal Yunos Direman Dua Hari […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s