Bengap,! Pembangkang Tidak Pernah Nak Faham GST

Posted on

bantah_gst

ANGGOTA parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat semalam pastinya sudah mendengar pengakuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).Baca: [Video] Hadi Akui GST Berkesan Tingkatkan Ekonomi Negara

Jangan sengaja tutup telinga atau pura-pura tidak mendengarnya. Kata Abdul Hadi, GST tidak dinafikan cara berkesan untuk cegah orang lari bayar cukai.

Selama beberapa tahun ini, pembangkang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat dan cuba menghalang kerajaan menggunakan hasil kutipan GST untuk disalurkan kembali kepada rakyat.

Pembangkang mengadu domba rakyat bahawa GST kononnya membebankan sehingga menyebabkan sesetengah pihak liat untuk membayar cukai.

Tindakan itu sebenarnya hanya untuk mencapai hasrat politik mereka. Dan bukannya bertujuan untuk pembangunan negara. Sebab itu wujudnya golongan enggan membayar cukai.

Sedangkan realiti atau perkara sebenarnya ialah kira-kira 10 pe­ratus daripada 380,000 buah syarikat yang berdaftar untuk pelaksanaan GST didapati tidak pernah memiliki sebarang rekod percukaian.

Syarikat-syarikat tersebut adalah entiti yang ‘lari’ daripada pembayaran cukai sedangkan mereka mengaut keuntungan beratus ribu ringgit setiap tahun.

Situasi ini disebut sebagai hidden economy yang mana kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang sepatutnya diperoleh.

Dan melalui pelaksanaan GST-lah, negara dapat mengesan dan memastikan mereka memberikan sumbangan kepada negara melalui sistem percukaian seperti syarikat-syarikat lain.

Malaysia mempunyai tiga penanda aras bagi mengukur keberkesanan sistem percukaian baharu iaitu dari segi pendaftaran, penghantaran balik penyata cukai dan proses tuntutan bayaran balik.

Negara memiliki antara sistem tercanggih, proses tuntutan pembayaran balik yang sangat cepat dan penguatkuasaan yang baik.

Menerusi GST, kerajaan dapat memantau syarikat-syarikat berdaftar untuk memastikan mereka membayar cukai ditetapkan.

Misalnya sebelum ini kalau ada 10,000 peniaga yang sepatutnya membayar cukai, mungkin hanya sebahagian bayar selebihnya akan lari daripada tanggungjawab itu.

Apabila kerajaan melaksanakan GST, ia bertujuan memanfaatkan kembali rakyat dan bukannya membebankan. Cukai yang dikumpul digunakan untuk tujuan pembangunan demi keselesaan mereka.

Sebahagian besar pengguna termasuklah Abdul Hadi sendiri memahami GST melalui perspektif lebih meluas.

Tetapi tidak seperti mana pembangkang yang hanya fokus kepada fenomena kenaikan GST.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s