Gerakan Jangan Gentar ‘Propaganda’ DAP

Posted on

gerakan-dap

MESEJ Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli-ahli Gerakan agar mempunyai courage of your convictions (keberanian dalam menyuarakan pendirian) baru-baru ini perlu diambil serius oleh Gerakan.

Selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan PRU-13, berapa ramaikah pemimpin Gerakan yang dilihat berani tampil bersuara untuk melondehkan kepincangan DAP khususnya dalam mentadbir Pulau Pinang?

Kita sendiri tidak ingat, anda ingatkah?

Cuma yang terlintas, hanya selepas Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpalit dengan dakwaan rasuah pembelian banglo dengan harga diskaun, barulah perlahan-lahan kalangan pemimpin Gerakan berani mempersoalkan tindak-tanduk DAP itu.

Sejak isu itu heboh, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sendiri menyeru lebih ramai lagi pemimpin muda Gerakan bersuara seperti Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo yang kini banyak membangkitkan masalah penduduk di negeri tersebut.

Ya, ini baharu titik mula. Gerakan harus agresif dan lebih vokal melenyapkan propaganda politik DAP daripada terus menguasai minda penyokong tegarnya jika mahu menang PRU-14.

Tabik kepada kata-kata semangat yang dilontarkan Timbalan Presiden parti itu, Dr. Cheah Soon Hai sewaktu berucap di hadapan lebih 1,000 ahli parti pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Ke-45 Parti Gerakan yang berlangsung baru-baru ini.

“PRU-14 akan menentukan nasib politik Gerakan.”

Pemimpin-pemimpin Gerakan sedar bahawa PRU-14 merupakan medan penentu bagi survival politik parti mereka setelah mencatatkan rekod buruk dalam PRU-13 yang lalu.

Sekadar menang empat kerusi iaitu satu kerusi Parlimen Simpang Renggam dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Elopura, Pemanis dan Tanjong Papat, maruah parti perlu ditebus semula.

Harapan untuk Gerakan meraih kembali sokongan kaum Cina masih ada memandangkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014, Siew Keong berjaya merampas kembali kerusi tersebut daripada DAP.

Bagaimanapun, untuk memecahkan tembok politik berasaskan perkauman yang dibina oleh DAP selepas menyingkirkan pengaruh Gerakan dan MCA dalam kalangan masyarakat Cina bukannya mudah.

Langkah Gerakan memang bagus apabila mengumumkan lebih awal senarai lima calon yang akan bertanding di Selangor mewakili parti itu pada PRU-14 – parti komponen BN pertama berbuat demikian.

Bagaimanapun Gerakan mesti ingat, laluan getir berada di depan mata.

Semata-mata mengumumkan senarai calon itu, adakah mencukupi untuk memenangi semula hati masyarakat Cina yang telah diresapi cara politik mainan DAP itu?

DAP bukan kecil anak – memainkan propaganda tertentu boleh meninggalkan jauh Gerakan dan MCA.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s