Nik Abduh Sindir Husam Sanggup Jadi Penyembah Kubur?

Posted on

nik-abduh-vs-husam

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mahu bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa lebih berhati-hati dan bertanggungjawab apabila beliau cuba menggunakan nama ayahnya ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ini kerana beliau sekali lagi telah menggunakan nama arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi tujuan politiknya hanya kerana beliau pernah bersama-sama dengan Tok Guru.

“Sesiapapun boleh guna (nama Nik Aziz) cuma masing-masing kena bertanggungjawab. Apa yang Husam cakap tu adalah apa yang Nik Aziz sebut.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah sifatnya itu dari orang yang dah mati, itu perangai penyembah kubur namanya.

“Namun kalau orang yang faham Tok Guru asas pertama adalah dia suruh kekal dengan perjuangan Islam parti PAS.

“Saya nak halang (guna nama Nik Aziz) tak boleh bila semua nak kata masing-masing Tok Guru ni adalah guru mereka,” kata Nik Abduh ketika ditemui di lobi parlimen, Selasa.

Mengulas mengenai saranan Nik Aziz supaya PAS menyertai Himpunan Bersih, Nik Abduh berkata ketika arahan tersebut dikeluarkan ia adalah daripada parti PAS.

“Yang sertai Bersih tu masa itu atas arahan PAS. Tok Guru sebut arahan PAS, sekarang arahan PAS berbeza.

“Jadi kalau nak pakai apa yang dah mati cakap tu pakailah, tetapi yang dah mati itu pesan kekal dalam PAS tak nak ikut pula,” sindirnya lagi.

Sebelum ini, Husam yang juga Adun Salor pernah membuat kenyataan menggunakan nama Nik Aziz apabila menyebut lebih ramai ahli PAS akan mengikuti jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (PAN) jika bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup.

Namun kenyataan tersebut turut ditempelak oleh Nik Abduh sehingga menggelar Husam adalah anak murid ‘rare’.

Ini kerana menurut Nik Abduh sewaktu bapanya (Nik Abdul Aziz) masih hidup, anak murid bapanya itu sering ‘menjaja’ kononnya bapanya akan menuruti apa sahaja kata-katanya.

Pada 31 Ogos lalu, Husam mengumumkan beliau telah menyertai PAN di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya.
— BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s