Rakyat Sudah Tolak, Raja Sudah Tolak, Kuasa Asing Pun Sudah Tolak “The Bangsat One”?

Posted on

Fishermen sorting tuna after catch. Indonesia

Percubaan Tun Mahathir untuk mengguling kan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik secara sah ikut undang undang negara sudah sampai ke penghujungnya.

Setelah di tolak oleh rakyat, ia di tolak oleh Raja Raja Melayu pula dan sebelum itu kehendak Tun Mahathir telah di tolak oleh kuasa asing yang cuba Tun Mahathir dan kuncu nya membayar upah dan pengaruhi.

Ini bermakna, Tun Mahathir sudah lalui “full circle” dalam semua opsyen yang ada, walaupun ia belum pernah dilakukan oleh mana mana individu atau ahli politik yang waras.

Begitu lah terdesak nya Tun Mahathir dalam cubaan nya mahu merampas kuasa mengikuti pintu belakang.

Maka atas sebab perkara yang sama maka boleh lah di rumuskan ia terlalu jelas bukan lagi kerana “1MDB”.

Bahkan dari awal pun diketahui untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan akur kepada “perintah” nya Tun Mahathir peru ada alasan, dan nampak sangat 1MDB adalah alasan nya.

Namun semakin lama DS Najib dan UMNO dapat bertahan, maka semakin terserlah muslihat Tun Mahathir.

Jika pada awal serangan yang dibuat oleh Tun Mahathir boleh dilihat hanya sedikit orang atau pun pihak yang mempertahankan DS Najib, tetapi lama kelamaan ia telah bertukar dan kini boleh dikata kan terlalu sikit pula yang pertahankan Tun Mahathir, dan semakin ramai pula yang mempertahankan DS Najib.

Mungkin atas kesedaran bahawa Tun Mahathir berjuang atas “lame cause” dan terlalu peribadi dan bukan lagi perjuangan untuk rakyat.

Sehingga hari ini Tun Mahathir masih enggan menyatakan bahawa semua yang dilakukan ada lah atas agenda mahu anak nya menjadi Perdana Menteri.

Dimana mana majlis atau ceramah, Tun Mahathir tidak pernah menafikan atau mengiyakan bahawa menaikan anak nya Mukhriz itu lah “perjuangan akan selesai”.

Tetapi tindak tanduk Tun Mahathir menceritakan semua nya.

Ramai juga yang kurang percaya Tun Mahathir mahu ambil kuasa pada PRU14, kerana mempercayai masa terlalu singkat untuk dia mengunggu PRU.

Ada yang mempercayai Tun Mahathir sebagai belut yang licik sedang membuat sesuatu untuk menjatuhkan DS Najib.

Jika dia berjaya maka dia tidak perlu berkongsi syarat dengan DAP, PKR atau PAN kerana dia boleh istihar dia yang menjatuhkan DS Najib.

Jika menang PRU14 pun belum tentu parti Pribumi akan dapat menang banyak kerusi, kerana bukan sahaja menang kalah dalam bertanding, bahkan belum tentu dapat banyak kerusi untuk meletak kan calon kerana keujudan PAN dan Parti “senior” yang sedia ada dalam Pakatan Harapan atau pun Barisan Rakyat.

Bermakna banyak “hurdle” yang peru dilalui jika Tun Mahathir terpaksa ikut jalan “halal”.

Pertama, berebut kerusi sesama komponen, kerana peratus berkuasa akan lebih cerah jika dapat bertanding pada banyak kerusi, kemudian nya memenangi kerusi yang berjaya di rebut, dan setelah itu semua mengira antara sesama komponen siapa lebih banyak kerusi.

Mustahil Tun Mahathir boleh dapat kehendak nya jika Pribumi bertanding sedikit kerusi dan menang sedikit dari kerusi yang sedikit itu.

Maka, dalam senyap Tun Mahathir sedang membuat sesuatu dibelakang tabir, ada pihak kata dia sedang berunding dengan pelbagai pihak untuk mencapai cara “belakang” itu.

Ringkas nya, PRU14, terlalu lama dan penuh ketidaktentuan kepada agenda peribadi Tun Mahathir.

“By hook or by crook” Tun Mahathir akan cari jalan menjatuhkan DS Najib lain dari cara biasa.

Apa pun amat jelas jika kerana “1MDB” Tun Mahathir sudah senyap kerana isu itu telah di siasat, dan kemudian nya 1MDB sudah berjya melalui proses “rationalisasi” nya.

Rakyat sudah beri “referendum” pada 2 PRK dan satu PRN, itu suara rakyat, dan kemudian Majlis Raja Raja dan YDP Agong juga sudah ketepikan permintaan Mahathir, dan sebelum itu kuasa asing pun enggan masuk campur kerana asbab Mahathir hanya kecil berbanding hubungan antara kerajaan dimana kepentingan besar lebih di utama kan oleh kuasa asing.

Rakyat sudah tolak, Raja pula tidak mahu, kuasa asing pun enggan masuk campur, jalan untuk Mahathir hanya lah undur diri jika ada sedikit saki baki maruah.

Tiada dalam sejarah seorang individu bertaraf “negarawan” jatuh ke lembah terhina, namun agenda peribadi dan benda yang dikejar nya “amat besar” dan tidak boleh ditinggalkan nya.

Mahu tercatit dalam sejarah sebagai apa kah Tun Mahathir? Negarawan yang sudah bertukar menjadi “The Bangsat One”? itu kah yang di mahukan?
— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s