RUU 355,! PKR Tidak Berani Suarakan Pendirian

Posted on

wanazizah

KUALA LUMPUR – Masih belum ada kata putus yang berjaya dicapai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendirian mereka tentang Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang dibawa oleh PAS selepas usul itu dimasukkan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Mesyuarat pimpinannya yang berlangsung semalam tidak mencapai sebarang kata putus untuk sama ada menyokong atau menolak RUU persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan menyatakan hasil keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung semalam di pejabatnya.

“Kita akan keluarkan kenyataan rasmi (berhubung pendirian PKR mengenai pindaan AKta 355). Esok adalah perbentangan Bajet Pakatan Harapan, lepas itu (akan beri kenyataan),” katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Mesyuarat PKR semalam membincangkan mengenai pendirian sebenar parti itu terhadap pindaan usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang dibawa oleh PAS.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengatakan mereka akan membuat pendirian selepas mesyuarat semalam, bagaimanapun dengan perkembangan terbaru ini memperlihatkan parti itu kini tersepit.

PKR dalam keadaan tersepit memandangkan mereka masih mempunyai hubungan dengan PAS di Selangor walaupun Pakatan Rakyat sudah berakhir ekoran pergaduhan antara DAP dengan parti Islam itu.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s