[Video] Penahanan Pemimpin Anti Bersih Buktikan Pihak Berkuasa Tidak Pilih Bulu – Budiman

Posted on

14691901_369051313434012_6980698237770052252_o

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan penahanan Datuk Seri Jamal Yunos yang ditahan awal pagi tadi oleh pihak polis membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam melaksanakan proses perundangan dalam negara.

Baca: Baju Merah,! Jamal Yunos Direman Dua Hari

Baca: [Video] Pemimpin Kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos Ditahan Di KLIA

Beliau yang hadir bertemu Datuk Seri Jamal di IPD Dang Wangi, tengah hari tadi menjelaskan Datuk Seri Jamal dalam keadaan sihat namun kelihatan agak letih.

“Saya melawat Datuk Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, yang mana saya sendiri merupakan Naib Ketua Bahagian, atas kapasiti peribadi dalam memberikan sokongan moral kepadanya.

“Saya tetap percaya dengan proses perundangan di negara ini, biarlah ia dilaksanakan oleh pihak yang berwajib. Tindakan pihak polis ini jelas membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam melaksanakan proses perundangan dalam negara kita.

“Pasukan peguam Datuk Seri Jamal akan mewakili beliau, jadi kedua-dua pihak pihak akan melaksanakan tanggungjawab mereka tersendiri mengikuti Prosedur Operasi Standart masing-masing,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini ditahan oleh dua anggota polis sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Rabu telah direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung entri berunsur hasutan yang dimuatnaik di laman sosial.

Selain kenyataan dalam Facebook itu, peritah tahanan reman itu diperoleh bagi membantu siasatan yang dijalankan melibatkan tiga kesalahan lain.

Kesalahan yang disiasat termasuk mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 504 kanun sama atas kesalahan menggugat keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
— MediaUMNO

Advertisements

One thought on “[Video] Penahanan Pemimpin Anti Bersih Buktikan Pihak Berkuasa Tidak Pilih Bulu – Budiman

    […] Baca: [Video] Penahanan Pemimpin Anti Bersih Buktikan Pihak Berkuasa Tidak Pilih Bulu – Budiman […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s