[Video] Rolls Royce, Lamborghini Aventador Milik Datuk Seri Dirampas

Posted on

81476875286_kastamamarsinghi

KUALA LUMPUR: Polis menyita dua buah kereta mewah dengan nombor pendaftaran palsu bernilai RM3.4 juta di sebuah kondominium berhampiran pusat beli belah Bukit Bintang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kereta Rolls Royce bernilai RM1.6 juta berkenaan dipercayai milik seorang ahli perniagaan dari Kelantan yang bergelar Datuk Seri.

“Setelah pemeriksaan dijalankan didapati kereta ini tiada sebarang dokumen atau pun pendaftaran JPJ. Kami telah menyita kereta berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam.

Menurutnya, sebuah lagi kereta mewah jenama Lamborghini Aventador turut disita semalam.

“Susulan siasatan, kita turut menyita sebuah kereta jenis Lamborghini yang juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen,” kata Amar Singh.

Tambahnya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang mengaku sebagai pemandu rolls royce berkenaan.

Pemilik kenderaan itu dipercayai berada di luar negara.

Siasatan dibuat mengikut Akta Kastam.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s