Viral,! Subsidi Minyak Masak Dihapuskan, Palsu

Posted on

ops_raya___batu_berendam-transformed

KOTA BHARU: Pengguna tidak perlu bimbang dengan viral kononnya subsidi minyak masak akan dihapuskan kerajaan, sekali gus menyebabkan harganya akan naik.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, berkata viral berkaitan harga minyak masak itu tidak benar, malah bekalan minyak masak di Kelantan sebanyak 4,800 metrik tan sebulan dijamin mencukupi.

Malah, katanya, pihaknya menubuhkan skuad pemantau harga bagi memastikan tiada peniaga menyorokkan barangan keperluan harian termasuk minyak masak sempena Deepavali, minggu depan.

“Skuad yang disertai 200 anggota dan pegawai ini akan memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjelang perayaan dengan menaikkan harga bekalan barangan keperluan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Pasaraya Mydin Mall di sini, hari ini.

Pelancaran skim kawalan harga yang membabitkan 18 jenis barangan keperluan harian itu disempurnakan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.
— BH

Advertisements

One thought on “Viral,! Subsidi Minyak Masak Dihapuskan, Palsu

    […] Baca: Viral,! Subsidi Minyak Masak Dihapuskan, Palsu […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s