Artis Tubuh Kelab Sokong Perjuangan UMNO

Posted on

kuat

Seramai 13 artis terpanggil untuk menubuhkan Kelab UMNO Artis Tanahair (KUAT) dalam usaha membalas budi serta menzahirkan sokongan teguh mereka kepada UMNO.

Presidennya, Datuk A. Rahman Hassan berkata, antara aktiviti dirancang ialah menarik lebih ramai artis menyertai kelab itu setelah didaftarkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 5 Oktober lalu.

Penubuhan kelab tersebut ujar beliau, juga bertujuan menarik lebih ramai ahli dalam kalangan artis tempatan agar bersama-sama membantu memberi kesedaran tentang kepentingan parti yang banyak berjasa kepada negara itu.

“Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak, sebaliknya lebih tertumpu untuk kita membalas budi UMNO yang banyak berjasa kepada negara daripada zaman kami lahir hingga kini,” ujarnya.

UMNO jelas A. Rahman, banyak berbakti kepada negara daripada dahulu sehingga sekarang. Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media sempena penubuhan kelab itu di Bangunan UMNO Lama, di sini baru-baru ini.

Selain A. Rahman, penggiat seni yang menerajui kelab itu ialah Datuk Yusof Haslam selaku Timbalan Presiden KUAT, manakala Azlee Jaafar ‘Senario’ sebagai setiausaha agung dan Datuk Ziela Jalil pula menjadi bendahari.

Antara ahli jawatankuasanya pula ialah Datuk Nash, Khir Rahman, Datuk Azman Salleh, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Suhaimi Mohd. Zain, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, A. Rahman berkata, beberapa program bakal dijalankan dengan kerjasama kelab UMNO yang lain bagi memberi kesedaran kepada pihak luar khususnya artis tempatan mengenai jasa parti keramat Melayu tersebut.

“Kita akan menjalankan beberapa aktiviti yang bersifat kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak di seluruh negara bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis tanah air itu sendiri.

“Diharap aktiviti yang dianjurkan itu sedikit sebanyak dapat bantu parti tunjang Barisan Nasional ini dalam usaha mengembalikan kepercayaan semua lapisan rakyat kepada UMNO,” ujar A. Rahman.

– Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s