Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib

Posted on

najib-bajet-2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan, peruntukan Bajet 2017 yang akan dibentang di Parlimen, esok, sebagai ‘bajet komitmen’ untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana manfaat pelbagai pihak.

Beliau dalam pada itu turut menyangkal Bajet 2017 adalah peruntukan untuk meraih agenda politik jangka pendek dalam menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Segelintir pihak mungkin akan mengutamakan agenda meraih kepentingan politik jangka pendek dulu, namun kerajaan ini tidak akan berbuat demikian.

“Kita komited untuk memastikan asas ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing, termasuk merangka dasar untuk mengurangkan defisit, melonjak aktiviti ekonomi dan memastikan keupayaan sistem kewangan.

“Kerajaan juga terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

“Bajet yang komprehensif ini akan memastikan setiap janji kerajaan kepada rakyat sentiasa dipenuhi,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.

live-budget-2017-malaysia-21-october-2016

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini berkembang antara empat dan 4.5 peratus, meskipun pertumbuhan ekonomi negara maju diunjurkan hanya 1.6 peratus.

Berdepan ketidaktentuan persekitaran global, beliau berkata, pendekatan dilaksana dalam bajet dibentangkan kerajaan tahun lalu membantu memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan terus berkembang.

“Kita mempunyai pelan dan ia ternyata berjalan lancar. Justeru, kerajaan akan terus memastikan petunjuk ekonomi seperti tahap inflasi, kadar pertumbuhan serta kadar hutang kekal kukuh, sekali gus mencerminkan kekuatan asas ekonomi negara.

“Walaupun kita terpaksa mengharungi tekanan fiskal, kadar inflasi negara kekal rendah dan kedudukan rakyat Malaysia hari ini lebih baik berbanding tahun lalu.

“Situasi ini membuktikan Malaysia ketika ini adalah negara berpendapatan sederhana tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menyuarakan komitmen kerajaan akan terus mengotakan janjinya kepada rakyat secara adil dan menyeluruh, malah analisis menunjukkan ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017.
— KLXpress

Advertisements

3 thoughts on “Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib

    […] Baca: Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib […]

    Like

    […] Baca: Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib […]

    Like

    […] Baca: Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s