Bajet 2017,! Isu ‘Kitar Semula’ Penuhi Kandungan Bajet Alternatif Pembangkang

Posted on

bajet-jijah

TANPA mengambil kira Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan (baca DAP, PKR, dan PAN) semalam melancarkan bajet versi pembangkang yang bertemakan “Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan”.

Umum sedia maklum, Bajet Alternatif 2017 pembangkang ini seperti biasa hanya mengandungi perkara-perkara yang tertumpu kepada usaha untuk memberi populariti kepada mereka, di samping lebih dari separuh (80 peratus) kandungan di dalamnya sama seperti bajet bayangan mereka pada tahun sebelumnya.

Difahamkan, bajet tersebut tidak merangkumi keperluan dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh berikutan pembangkang banyak memberikan hanya cadangan tanpa menyatakan sebarang kaedah pelaksanaannya termasuk beberapa ‘janji’ yang sudahpun direalisasikan oleh pihak kerajaan dalam bajet terdahulu.

Bajet yang dibuat pembangkang jelas tidak realistik dek kerana dibuat tanpa melibatkan wang, maka pastinya mudah untuk dirancang, hanya perlu menambah angka dalam setiap jumlah peruntukan dan statistik lantas membuatkan rakyat tertarik utuk memberi undi kepada puak mereka.

Apa yang dapat disimpulkan dari bajet bayangan tersebut, ia tentunya tertumpu kepada isu panas yakni 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), seperti pengurangan kadar cukai GST kepada sifar, juga seperti yang dicadangkan pada tahun lepas.

Jaminan pembangkang untuk menurunkan kadar tersebut kepada sifat, tanpa memansuhkan secara terus jelas menunjukkan bahawa mereka sendiri enggan berjanji untuk tidak menaikkan kadar tersebut sekiranya mereka berpeluang memerintah kelak.

Pada hemat semua, meskipun ia hanya bajet alternatif, akan tetapi ia sepatutnya bersifat menyeluruh dengan menumpukan soal kebajikan dan keperluan rakyat dalam berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak.

Namun, sebagai penanda aras kepada kecekapan tadbir urus, pembangkang secara asanya telah terlupa untuk menitikberatkan soal pentadbiran kerajaan negeri.

Seperti yang sedia maklum, masalah yang membelenggu salah satu negeri pimpinan pembangkang, Selangor adalah berkenaan krisis air akibat daripada pencemaran sungai baru-baru ini sehingga menjejaskan banyak penduduk di negeri tersebut.

Justeru, kerajaan negeri seharusnya bertanggungjawab untuk mengatasi masalah berkenaan kerana ia bukanlah pertama kali berlaku.

Manakala di Pulau Pinang pula, kedudukan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng telah dipersoalkan gara-gara terpalit dengan isu rasuah dan didakwa di mahkamah dengan dua pertuduhan rasuah, namun tiada sebarang tindakan dibuat, walhal dalam bajet yang dilakar mereka jelas mereka mahu memerangai rasuah.

Selain itu, antara perkara yang dicadangkan juga termasuk kemasukan pekerja asing di Malaysia, di mana pembangkang mencadangkan kenaikan levi untuk pekerja asing di tiga sektor, mengambil pelarian untuk bekerja dan melaksanakan program untuk ‘menghalalkan’ pendatang asing tanpa izin di negara ini untuk diserap sebagai pekerja sah.

Untuk makluman, program itu sememangnya sudah dilaksanakan kerajaan dan cadangan mengambil pelarian untuk bekerja hanya akan menyebabkan kemasukan lebih banyak golongan berkenaan ke negara ini, disamping tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan berbanding pekerja asing serta aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman memerintah kerajaan sedari dulu, bajet bayangan bersifat khayalan oleh pembangkang ini merupakan suatu yang mencabar bagi mereka untuk menghasilkan bajet yang komprehensif serta meliputi seluruh lapisan masyarakat.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan bakal membentangkang Bajet 2017 di Parlimen pada esok, 21 Oktober 2016.
— KLXpress

Advertisements

One thought on “Bajet 2017,! Isu ‘Kitar Semula’ Penuhi Kandungan Bajet Alternatif Pembangkang

    […] Baca: Bajet 2017,! Isu ‘Kitar Semula’ Penuhi Kandungan Bajet Alternatif Pembangkang […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s