Dulu “UMNO Kapiaq..” Tak Pernah Lekang Dari Mulut, Sekarang Tidak Lagi – Mursyidul Am PAS

Posted on

maxresdefault

PAS kini mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera di mana pendekatan yang diambil oleh parti Islam itu adalah bersesuaian dengan suasana serta peredaran zaman landskap politik negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin menegaskan bahawa budaya berkenaan tidak wujud di zaman PAS terdahulu ekoran suasana politik ketika itu berlainan dengan suasana politik negara yang terkini.

“Suasana yang wujud hari ini, bukan suasana yang wujud waktu itu.

“Maka PAS mengambil satu pendekatan iaitu dengan melahirkan budaya politik matang dan sejahtera. Masa (Allahyarham) Tuan Guru Nik Aziz tak ada.

“Kerana kita dok melihat keadaannya yang wujud dalam BN, dalam pembangkang, maka kita mesti bertindak sebagai sebuah parti yang matang dalam berpolitik, itu salah satu (faktor).

“Jadi tidak hairanlah kalau dulu begitu (berlainan suasananya),” jelas Mursyidul Am PAS itu dalam satu sesi wawancara dengan media yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, di Kangar, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hashim mengimbas kembali kenangan mengenai keadaan politik negara di zaman 60’an dahulu di mana PAS menggunakan pendekatan yang lebih keras ekoran suasana yang berbeza.

“Lebih-lebih lagi di zaman 60’an tu, kot (di) kampung la.. (disebut-sebut) ‘UMNO kapiaq (kafir), UMNO kapiaq..’ dok dimulut orang PAS. (Padahal) Orang PAS bukan berapa orang pun, tapi kalau (merujuk pada) UMNO, ‘UMNO kapiaq’.. baik dengan UMNO, kapiaq, betulkah hak (cara) itu?

“Tapi kenapa waktu itu jadi begitu? Mungkin saudara-saudari tak tahu, ni nak masuk elektrik pun, ni rumah orang PAS (di) tinggal, rumah orang UMNO, masuk api (elektrik).

“Sampai muta’akhir, zaman tu di Jalan Tambun Tulang tu hat sebelah kampung ni, bukan di sebelah jalan besar tu, bubuh tar depan rumah orang UMNO. Lalu depan rumah orang PAS, tinggal. Dibuat depan rumah orang UMNO.

“Nak seksa orang PAS. Dia tak sedar, orang UMNO pun seksa. Dia keluar dari rumah dia tar elok, dia nak pi lagi lalu ikut rumah orang PAS, teruk dia.. lecah (becak)… Kena (betul) pemikiran tu pada ketika itu.. dan ini tindak balas yang berlaku.

“Tapi hari ini, benda-benda yang remeh-temeh yang macam itu boleh kata berkurangan, tinggal sikit lagi,” jelas beliau tentang perbezaan suasana politik negara dahulu dan sekarang yang menjadi punca PAS mengubah pendekatan serta budaya politiknya.

PAS sebelum ini dikritik keras pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan apabila dikatakan ‘mesra UMNO’ apabila enggan bersubahat menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkenaan 1MDB serta tuduhan lain.

Parti Islam itu menjelaskan bahawa isu-isu yang dilemparkan terhadap Mohd Najib dan Kerajaan BN oleh pembangkang tersebut disifatkan sebagai tidak terbukti kesahihannya, selain enggan bersubahat dengan tuduhan yang boleh mendatangkan dosa.
— Kedahnews.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s