Militan Daesh,! Dua Peniaga Dituduh Sokong Daesh

Posted on

Gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

KOTA BHARU, 20 Okt — Dua peniaga dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas dakwaan memberikan sokongan kepada kumpulan militan Daesh.

Tengku Shukri Che Engku Hashim, 30, dan Hizmi Razli Abdul Rahim, 32, yang diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab, tidak membuat pengakuan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, Tengku Shukri dituduh dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram Kumpulan ‘Gagak Hitam’ pada 30 Mac 2016 pada pukul 5.08 petang di Taman Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa di sini.

Hizmi Razli turut dituduh melakukan perbuatan sama pada 30 Mac 2016 pada pukul 12.37 pagi di Kampung Pulau Kapas di sini.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J(1) kanun yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun dan dirampas harta.

Bagi pertuduhan kedua pula, Tengku Shukri dituduh dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi, dan perbuatan itu boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram Kumpulan ‘amanah (phb) vs pas’.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 28 Jun 2016 antara pukul 3.18 pagi hingga 11.27 malam di Taman Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa di sini.

Hizmi Razli juga dituduh dengan dakwaan sama dan melakukan kesalahan itu pada 28 Jun 2016 pada pukul 3.32 pagi di Kampung Pulau Kapas di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J(1) kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun dan dirampas harta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun.

Majistret Nik Habri menetapkan 23 Nov sebagai tarikh pengurusan kes.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s