Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang

Posted on

nik-amar-2

KOTA BHARU, 19 Okt — Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang akan dapat diselesaikan dengan baik jika tiada dalang yang menghasut masyarakat itu, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Baca: [Video] Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan

Beliau berkata kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan semasa berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Hasil penelitian mendapati wujud kekeliruan yang perlu diperbetulkan kerana kita dapati laporan awal yang diterima seperti kerajaan dipersalahkan. Ini tidak betul kerana kerajaan bertindak atas peraturan dan undang-undang yang ada tanpa menafikan hak Orang Asli,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

a4a4c2f67f3e605215805a862b1f9638

Pada 3 Okt lepas, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di Gua Musang sejak 26 Sept lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mereka mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

“Sekiranya berlaku pencemaran atau pengabaian, masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit boleh mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan melalui Tok Batin dan Jakoa untuk diselesaikan,” kata Mohd Amar.

Beliau berkata kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli terbabit membuat sekatan menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang berkemungkinan didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan tersebut berjalan lancar sejak 30 tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri tidak mengetepikan masyarakat Orang Asli di Kelantan malah sebelum ini kerajaan negeri meluluskan Tanah Rizab Orang Asli seluas 3,885.39 hektar untuk penempatan dan aktiviti harian mereka.

“Kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan permohonan 2,658 hektar lagi kawasan sebagai tanah rizab untuk mereka,” katanya.

Katanya kerajaan negeri juga bersetuju menjadikan kawasan Gunung Chamah, Gua Musang, seluas 20,000 hektar sebagai hutan simpan untuk aktiviti rayau masyarakat tersebut.
— Bernama

Advertisements

2 thoughts on “Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang

    […] Baca: Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang […]

    Like

    […] Baca: Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s