Penganjur Bersih 5 Juga Harus Ditahan – Irmohizam

Posted on

64cc39b77ed73850331f330b81fb3b3f_xl

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Penganjur Bersih 5 juga harus ditahan susulan penahanan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, jika beliau disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

Baca: [Video] Penahanan Pemimpin Anti Bersih Buktikan Pihak Berkuasa Tidak Pilih Bulu – Budiman

Dalam satu kenyataan hari ini, Irmohizam berkata ini kerana konvoi Bersih lebih ketara mengheret orang ramai untuk berhimpun sambil berdakwah untuk membenci kerajaan.

“Kita akan melihat lebih banyak insiden perpecahan rakyat dan pencabulan keharmonian negara. Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik yang secara zahirnya murni pada mata rakyat (sedangkan) hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara,” katanya.

Irmohizam berkata sekiranya himpunan itu diteruskan, ia berkemungkinan turut mengundang ancaman pengganas seperti Daesh yang mensasarkan tempat tumpuan ramai.

“Jika perhimpunan ini dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, maka kerajaan perlu pertimbangkan juga Akta Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Pagi tadi, Datuk Jamal Md Yunos ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dan direman dua hari.

Jamal disiasat mengikut empat akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s