Bajet 2017,! Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik Dari Segi Kewangan

Posted on

51476886738_belanjawanalternati

KUALA LUMPUR: Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat kerana dari segi kewangan ia tidak boleh dilaksanakan, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.

Baca: Bajet 2017,! Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam

Memetik cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, pegawai berkenaan ingin tahu siapakah yang akan membayar tambahan RM500 atau daripada mana wang itu akan diperoleh.

Tidak mungkin kerajaan mampu melaksanakannya kerana ia adalah satu pertiga daripada cadangan gaji minimum baharu, katanya pada taklimat media hari ini.

Kerajaan sedang mencari jalan mendapatkan sumber pendapatan baharu, walaupun terdapat pelbagai cabaran besar dalam persekitaran luaran, terutama kejatuhan dalam harga minyak mentah.

Oleh itu, perlu diberi penghargaan kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST), yang sebelum ini dikritik tetapi kini diterima, kerana tanpanya kira-kira RM30 bilion akan hilang daripada tabungan kerajaan.

Mengenai cadangan pembangkang untuk memotong peruntukan, terutama kepada Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata, pembangkang terlebih dulu perlu mempunyai fakta yang betul.

Menurutnya, terdapat perbezaan antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri, kerana PMO adalah sebahagian daripada jabatan itu, yang merupakan entiti lebih besar yang menempatkan pelbagai unit dan agensi penting.

Memotong RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri turut bermakna memotong dana untuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan lain-lain, katanya.

Menurutnya, ada pihak tertentu menyebarkan tanggapan palsu yang kerajaan telah bankrap, sedangkan pada hakikatnya ia melaksanakan pengurusan kewangan berhemah serta peruntukan sumber yang cekap.

Beliau juga berkata ‘Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara yang gagal kerana hutangnya hanya 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya.’

“Banyak lagi negara yang akan menjadi bankrap kerana tahap hutang mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

— Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s