[Video] Bajet 2017,! PM Najib Meninjau Operasi Penyediaan Bajet

Posted on

41476976996_dsnajibrazak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meninjau operasi penyediaan Bajet 2017 di Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan di sini, malam ini.

Baca: Bajet 2017,! Adalah Bajet Komitmen – Najib

Baca: Bajet 2017,! PM Najib Bentang Bajet 2017 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat Esok

Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di perkarangan Kompleks Kementerian Kewangan pada pukul 8 malam disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan bajet.

Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Lee Chee Leong dan Datuk Othman Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib kemudiannya dibawa meninjau bilik-bilik operasi bajet.

Perdana Menteri dijadual membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bermula 4 petang esok.

Dalam kenyataan diterbitkan dalam laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, Najib berkata Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.

Beliau berkata intipati dalam bajet itu, akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.

Najib turut menyangkal andaian daripada beberapa pengulas bahawa bajet tahun ini akan menjadi bajet ‘Pilihan Raya Umum’.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini, Najib berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s